• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Motosikal Advencer BMW F 450 GS Dikesan di India, Lancar Tahun Ini?

#Spyshot: Motosikal Advencer BMW F 450 GS Dikesan di India, Lancar Tahun Ini?

May 14, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

Spyshot BMW F 450 GS India
BMW Motorrad di India dilaporkan menghentikan tawaran dua model motosikal asas jenama itu, G 310 R dan G 310 GS.

Syarikat itu mendakwa tidak berminat lagi menaik taraf kedua-dua model tersebut untuk memenuhi piawaian emisi terbaharu OBD-2B kerana melibatkan kos tinggi.

BMW F 450 GS Sudah Mula Diuji di India

Maklumat terbaharu dikongsi, satu model baharu, BMW F 450 GS sedang diuji di India untuk mengisi lompong ditinggalkan dua model G 310 tersebut.

BMW F 450 GS pernah muncul sebagai model konsep di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2024 di Milan, Itali. Awal tahun ini, motosikal advencer itu dibawa ke Bharat Mobility Global Expo 2025 di New Delhi.

Beberapa foto dirakam menunjukkan F 450 GS sedang diuji buat julung kali di jalan raya dekat kilang TVS di Hosur, Tamil Nadu, India. Motosikal itu nampaknya sudah bersedia memasuki fasa pengeluaran.

Rekabentuk Ala R 1300 GS, Ciri Lebih Moden

BMW F 450 GS ada meminjam gaya model R 1300 GS, tetapi mengekalkan beberapa ciri model konsep seperti visor angin kecil, gad tangan dan paruh fender depan.

Bagaimanapun, rim multi-jejari sudah ditukar kepada rim aloi, sama seperti digunakan G 310 GS.  BMW F 450 GS dijangka menggunakan rim depan 19 inci dengan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.

Enjin F 450 GS dikatakan jenis dwi-silinder 450cc penyejukan cecair dengan output kuasa 48hp, manakala transmisi jenis manual 6-kelajuan dengan klac antigelincir Assist & Slipper. Model itu dijangka dilancarkan menjelang hujung tahun ini di India.

Spyshot BMW F 450 GS India
Spyshot BMW F 450 GS India
Spyshot BMW F 450 GS India

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, BMW F 450 GS, BMW Motorrad, Foto Intip, roda2, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my