• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOT Nilai Semula Laluan Rel, Jalan Raya Berisiko Tinggi untuk Lindungi Hidupan Liar, Manusia

MOT Nilai Semula Laluan Rel, Jalan Raya Berisiko Tinggi untuk Lindungi Hidupan Liar, Manusia

May 14, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan menilai semula beberapa laluan jalan raya dan rel kereta api yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi kepada keselamatan hidupan liar dan manusia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penilaian semula akan dibuat termasuk laluan rel Gemas-Johor Bahru yang pernah menjadi lokasi ancaman kepada haiwan liar seperti gajah.

Kerajaan Ambil Serius Isu Habitat Haiwan Liar

Beliau berkata, Kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu pertembungan antara infrastruktur pengangkutan dan habitat haiwan liar.

Malah, langkah mitigasi diambil bagi memastikan pembinaan laluan tidak memberi kesan buruk terhadap hidupan liar, selain menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan pengangkutan awam.

Terowong Khas untuk Haiwan Liar

Antara contoh langkah mitigasi dilaksanakan adalah pembinaan terowong khas untuk laluan hidupan liar dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Situasi sama akan dinilai bagi laluan Gemas-Johor Bahru kerana pernah berlaku insiden gajah melintas landasan yang berpotensi mengancam nyawa jika berlaku pertembungan dengan kereta api yang sedang bergerak laju.

Insiden Ibu Gajah Kematian Anak

Sementara itu, insiden menyayat hati yang berlaku 12 Mei lalu turut menjadi perhatian apabila seekor ibu gajah tidak berganjak selama beberapa jam selepas anaknya mati dirempuh lori di Jalan Raya Timur-Barat.

Malah ibu gajah itu juga dilaporkan cuba menolak lori terbabit bagi menyelamatkan anaknya.

Tambah Loke lagi, usaha ini akan melibatkan kerjasama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Tambah Lampu Jalan

Bagi meningkatkan keselamatan di kawasan seperti Lebuh Raya Timur-Barat, Kerajaan akan menambah lampu jalan dan melaksanakan inisiatif lain melalui mekanisme pendanaan yang diluluskan jawatankuasa Kabinet, kerana tiada peruntukan khas sedia ada untuk tindakan seperti itu.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kerajaan Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
    #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev