• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-03 ABS, MT-25 ABS 2025 Diperkenal di Jepun - Naik Taraf A&S Clutch, Y-Connect dan Pakej Touring Baharu!

Yamaha MT-03 ABS, MT-25 ABS 2025 Diperkenal di Jepun - Naik Taraf A&S Clutch, Y-Connect dan Pakej Touring Baharu!

May 10, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


YAMAHA Motor Co Ltd secara rasmi melancarkan model MT-03 ABS dan MT-25 ABS 2025 untuk pasaran Jepun pada 24 April lalu, lengkap dengan pelbagai pembaharuan ketara berbanding model tahun sebelumnya.

Model naked bike kategori pemula ini kini tampil dengan penambahan teknologi, gaya lebih segar dan Pakej Aksesori Touring eksklusif yang direka khas untuk tunggangan jarak jauh.

Apa Baharu pada Yamaha MT-03 dan MT-25 2025?

Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025

Berbanding edisi 2024 yang hanya menerima warna baharu, versi 2025 hadir dengan naik taraf teknikal dan rekabentuk berikut:

1. Assist & Slipper Clutch (A&S)

  • Kurangkan beban tuas klac
  • Tunggangan lebih lancar dan selamat ketika tukar gear ke bawah

2. Meter LCD Baharu dengan Y-Connect

  • Menyokong sambungan ke telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect

3. Soket USB Type-A

  • Kemudahan untuk pengecasan peranti

4. Rekaan Pelana Serba Baharu

  • Fokus pada keselesaan dan memudahkan pemijakan untuk semua penunggang termasuk pembonceng

5. Bahagian Belakang dan Enjin Direka Semula

  • Warna Graphite Crystal (kelabu berkilat) tampil lebih moden

Pilihan Warna Yamaha MT-03 dan MT-25 2025

Ada tiga pilihan warna untuk kedua-dua varian Yamaha MT itu:

  • Matte Light Grey (kelabu cerah), dengan rim biru langit
  • Biru Metalik (biru)
  • Matte Dark Grey (kelabu gelap)

Spesifikasi Yamaha MT-25 dan MT-03 2025

  • Yamaha MT-25: Enjin 2-silinder 249cc penyejukan cecair, output kuasa 35ps, tork 23Nm
  • Yamaha MT-03: Enjin 2-silinder 320cc penyeejukan cecair output kuasa 42ps, tork 30Nm

Pakej Aksesori Touring MT-25 dan MT-03 2025

Pakej Aksesori Touring Yamaha MT-25 dan MT-03 2025 - Jepun
Pakej Aksesori Touring Yamaha MT-25 dan MT-03 2025 - Jepun
Pakej Aksesori Touring Yamaha MT-25 dan MT-03 2025 - Jepun
Pakej Aksesori Touring Yamaha MT-25 dan MT-03 2025 - Jepun
Pakej Aksesori Touring Yamaha MT-25 dan MT-03 2025 - Jepun
Pakej Aksesori Touring Yamaha MT-25 dan MT-03 2025 - Jepun

Buat peminat tunggangan jarak jauh, Yamaha menawarkan Pakej Aksesori Touring eksklusif yang terdiri daripada:

  • Skrin Touring (450mm) - 30,800 yen (RM910)
  • Pelindung Buku Jari - 27,500 yen (RM810)
  • Pelekat Grafik Eksklusif - 1,760 yen (RM50)
  • Kit Tukar Gear Pantas - 22,000 yen (RM650)
  • Beg Touring S (20-26L) - 19,250 yen (RM570)
  • Jumlah Pakej: 88,000 yen (RM2,600)

Harga Yamaha MT-03 dan MT-25 2025 di Jepun

  • Yamaha MT-25 ABS - 632,500 yen (RM18,700)
  • Yamaha MT-03 ABS - 687,500 yen (RM20,320)
  • Yamaha MT-25 + Aksesori Touring - 720,500 yen (RM21,300)
  • Yamaha MT-03 + Aksesori Touring - 775,500 yen (RM22,920)

Yamaha MT-25 Jadi Model Rasmi Program Latihan Yamaha

Bermula tahun ini, Yamaha merancang menggantikan motosikal latihan jalan raya dalam program Yamaha Motorcycle Lessons dengan model Yamaha MT-25 ABS secara berperingkat yang menunjukkan kepercayaan terhadap prestasi dan kemudahan tunggangan model tersebut.

Yamaha MT-25 2025
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-25 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 202
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025
Yamaha MT-03 2025 - Jepun
Yamaha MT-03 2025 - Jepun

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, streetbike, Yamaha, Yamaha Motor, Yamaha MT-03, Yamaha MT-03 2025 Jepun, Yamaha MT-25, Yamaha MT-25 2025 Jepun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev