• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda BR-V Laris, 6 Bulan Hampir 11k Unit Terjual

Honda BR-V Laris, 6 Bulan Hampir 11k Unit Terjual

July 8, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

453
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA BR-V bukanlah kenderaan yang dibikin untuk kepantasan. Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dibina Honda R&D Asia Pasific Co Ltd (HRAP) khas untuk pasaran Asia Tenggaran (Asean) dengan ciri dan kehendak unik seperti permukaan rupa bentuk bumi yang pelbagai, jumlah famili besar dan pada masa sama, rekabentuk cantik.

Selain itu, Honda BR-V juga model pertama HRAP yang dipasarkan di Malaysia. Walaupun lewat dipasarkan berbanding negara Asean lain, tetapi itu tidak menghalang keterbukaan pasaran tempatan menerima kehadiran MPV itu.

TERLAJAK LAKU

honda-br-v-2017_pandulaju-3
honda-br-v-2017_pandulaju-61

Pejabat Honda serantau dan Honda Malaysia pasti tersenyum lebar apabila Honda BR-V kini mendapat sambutan luar biasa. Mulanya, Honda Malaysia hanya menjangka jualan sebanyak 10,000 unit tahun ini. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah dalam masa enam bulan saja sudah hampir 11,000 unit BR-V terjual!

Kini, walaupun sasaran sudah dicapai, itu tidak bermakna Honda Malaysia boleh duduk diam. Paling terbaru, Honda merancang angka jualan baharu, iaitu 15,000 unit pula untuk tahun ini! Angka itu nampaknya seperti boleh dicapai memandangkan 2017 baru memasuki penggal tahun kedua.

Berikut Fakta Jualan Honda BR-V:
  • Varian V paling laris - 80 peratus jualan.
  • Tafetta White (putih) paling digemari - 27 peratus, kedua - Modern Steel Metallic (25 peratus).
  • Dark Ruby Red Pearl (merah), Golden Brown Metallic (cokelat) dan Lunar Silver Metallic (perak) berkongsi populariti (16 - 17 peratus).
  • Jualan paling tinggi - Lembah Klang (44 peratus).
  • Wilayah Selatan dan Utara (20 peratus dan 18 peratus).
  • Jualan Timur Malaysia juga menggalakkan (10 peratus berbanding sasaran, 6 peratus).
  • Jualan BR-V mewakili 34 peratus jualan keseluruhan model Honda.
  • Majoriti pembeli ialah mereka yang bertukar daripada kenderaan nasional dan bukan Nasional dan mahukan lebih ruang.
  • Pembeli juga terdiri daripada kalangan mereka yang pertama kali memiliki kereta (14 peratus).

Disebabkan crossover 7-kerusi itu begitu laris, Honda Malaysia memberi jaminan tempoh menunggu setiap tempahan dikekalkan daripada satu hingga dua bulan. Honda juga sedang mengambil langkah-langkah perlu untuk menghantar tempahan BR-V dengan cepat dan efisien tanpa kompromi terhadap kawalan kualiti.

honda-br-v-2017_pandulaju-40
honda-br-v-2017_pandulaju-41
honda br-v 2017
honda-br-v-2017_pandulaju-61
honda-br-v-2017_pandulaju-39
honda-br-v-2017_pandulaju-19
honda-br-v-2017_pandulaju-29

Related

453
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Crossover, Honda, Honda BR-V, Honda Malaysia, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev