ART of Speed 2017 (AOS2017) kini kembali lagi dengan menjanjikan pelbagai keseronokan buat peminat kereta dan motor.
Acara tempatan Old-Skool & Kustom Kulture kali ke-6 yang bakal berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2017 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) ini kembali dengan pelbagai pembaharuan berbanding versi-versi terdahulu.
Kesemua pengunjung yang hadir berpeluang bertemu beberapa tetamu jemputan khas antarabangsa. Antaranya;
- Cole Foster dari Salinas Boys Custom Cars & Bikes USA
- Jeff Holt dari Hot Bike Magazine USA
- David “Chopperdave” Freston dari USA
- Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Jepun
- Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Jepun
- Kaichiroh Kurosu dari Cherry’s Company Jepun
- Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon Jepun
- Makonabe dari Chopper Journal Magazine Jepun
- Tetsu dari Hopping Shower Jepun
- Sugihara Ken dari Fusty Works Jepun
- Toshiyuki Osawa dari 4th Dimension Jepun
- Jeffrey Chang dari Air Runner Taiwan
- Shigeo dari 420 Kustom Jepun
- Chicarockabilly Shima dari Singapura
- Irvine Jasta & Donny Ariyanto dari Indonesia
- The Nash dari Burnout Magazine Jepun
- Kumpulan kolektif seni pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Cynar
BACA >>> Honda Eropah Pamer 6 Motosikal Custom Era Klasik, Moden
Lebih menarik, AOS2017 turut mengadakan Invitational Bike Build Off 2017 yang menyaksikan 10 pembina buatan khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & hadiah wang tunai RM5,000 (pilihan awam).
Acara berkenaan juga menyaksikan kerjasama khusus jenama ikonik di Malaysia iaitu Boon Siew Honda dan Art of Speed yang bakal mempamerkan seni binaan khas ciptaan mereka.
Dalam pada itu, pereka utama jenama Hot Wheels; Jun Imai dari Amerika Syarikat turut hadir ke acara AOS2017. Jadi, jika anda seorang peminat dan penggemar Hot Wheels, inilah masa terbaik untuk bertemu dengan personaliti ini.
Acara kemuncak AOS2017, sebuah motosikal CMC XY400 dan motosikal binaan khas kustom lengkap Yamaha RX-Z dua enjin hasil karya FNG Works serta Beautiful Machines akan diberikan kepada pengunjung bertuah.
Pengasas Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar berkata, edisi tahun ini pastinya yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan. Malah kami juga menambahbaik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua golongan umur pengunjung.
BACA >>> 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke AOS2016 - 'Cara Kita Luar Biasa'
Aktiviti khas di AOS2017;
- Art of Speed Invitational Bike Build-Off 2017
- Cole Foster & kawan-kawan SHAPING & FABRICATION WORKSHOP
- Drift Taxi
- Pandu uji motorsikal
- Roda Rumble 2017 - Two Wheels Gathering & Outdoor Festival
- Food Park memperkenalkan Food Trucks & Pasar Vintage
BACA >>> Art of Speed 2016 Meriah & Awesome!!!
Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti:
- Indoor International Show & Shine community show & competition
- Car & Motorcycle Mega Club Gathering
- International Art Gallery (MotoCircus)
- Pin-Up ladies
- Indoor & Outdoor Marketplace
- SoapBox & GO!
- Indoor Skatepark
- Viewing Deck & Games
- Die Cast Competition
Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/.
Leave a Reply