• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #MAS2025: BSH Tampil Teknologi E-Clutch, Perkenal EV Konsep Baharu dan Aktiviti Interaktif

#MAS2025: BSH Tampil Teknologi E-Clutch, Perkenal EV Konsep Baharu dan Aktiviti Interaktif

May 8, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


WAKIL pengedar sah motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd mempamerkan barisan model, teknologi dan aktiviti paling menarik sempena pameran Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung dari 8 hingga 15 Mei di Hall C, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS),  Serdang.

Menampilkan tema 'Driving Innovation, Connecting Lives', Honda bukan sekadar menampilkan motosikal, tetapi juga pengalaman imersif, pendidikan keselamatan, dan peluang memenangi motosikal percuma!

Tarikan Teknologi Baharu: E-Clutch, DCT dan RoadSync

Antara teknologi dipamerkan ialah E-Clutch, iaitu sistem klac automatik tanpa tuil yang mengawal penukaran gear berdasarkan input terotel dan kelajuan enjin. Malah model seperti CBR650R dan CB650R boleh ditunggang uji pengunjung secara langsung.

Turut dipamerkan ialah model dual-klac (DCT) seperti Africa Twin dan X-ADV yang menggunakan sistem dua klac untuk pertukaran gear lancar secara automatik atau manual, sesuai untuk trafik bandar atau pengembaraan jauh.

Jangan lepaskan peluang mencuba sistem Honda RoadSync melalui realiti maya (VR) yang menghubungkan motosikal dengan telefon pintar untuk akses navigasi, panggilan, mesej dan muzik yang boleh dikawal dengan mudah dari skrin motosikal.

Tinjauan Masa Depan: Dua Model EV Konsep

Honda Fun Concept
Honda Urban Concept

Honda juga memperkenalkan dua model EV konsep sebagai sebahagian usaha menuju neutral karbon menjelang 2050. Kedua-dua model itu memberikan gambaran masa depan mobiliti dua roda yang bersih, cekap dan mengasyikkan.

  • EV Fun Concept: Motosikal elektrik sukan pertama Honda yang direka untuk keseronokan menunggang
  • EV Urban Concept: Khas untuk mobiliti urban, dengan rekabentuk praktikal, teknologi pintar dan bateri buatan sendiri.

Aktiviti Booth Honda: Interaktif, Menarik dan Mendidik

Di reruai Honda, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti:

  • Honda Riding Trainer: Simulator tunggangan realistik untuk mendidik keselamatan jalan raya
  • Honda Giant EDU Tech: Masukkan kad ke dalam mesin info dan tonton bagaimana teknologi Honda berfungsi secara visual
  • Honda Giant Claw Game: Kendali cakar gergasi melalui iPad untuk memenangi hadiah menarik seperti minyak pelincir Honda, beg tote, botol flxiask dan rantai kunci

Lengkapkan semua aktiviti dan berpeluang memenangi salah satu daripada dua motosikal Honda secara PERCUMA!

Sokongan Servis & Komitmen Pelanggan

Di zon Service Hub, Honda menampilkan Pro Honda Lubricants berkualiti tinggi dan pengenalan kepada platform Honda X digital platform yang menawarkan servis tempahan, e-kupon, dan kemaskini terus ke telefon bimbit.

Pengerusi BSH, Datuk Wira Tan Hui Jing berkata;

Kami komited menyampaikan produk terbaik dan teknologi terkini kepada pelanggan di Malaysia."

CEO BSH, Kunitomo Asano pula berkata;

Malaysia Autoshow ialah peluang memperkukuh hubungan dan memperkenalkan barisan model terkini yang menggabungkan gaya, keselamatan dan prestasi."

Jom ke Reruai Honda Sekarang!

Jangan lepaskan peluang menunggang uji model seperti ADV160, ADV350, X-ADV, Africa Twin, dan barisan E-Clutch terkini. Maklumat lanjut boleh layari hondabigbike.com.my atau kunjungi Honda BigWing terdekat.

Honda Fun Concept
honda-fun-concept-mas-2025-2
Honda Fun Concept
Honda Fun Concept
honda-fun-concept-mas-2025-4
honda-fun-concept-mas-2025-3
honda-fun-concept-mas-2025-6
honda-fun-concept-mas-2025-5
honda-fun-concept-mas-2025-7
honda-fun-concept-mas-2025-8
Honda Urban Concept
honda-urban-concept-mas-2025-5
honda-urban-concept-mas-2025-6
honda-urban-concept-mas-2025-7
honda-urban-concept-mas-2025-8
honda-fun-concept-mas-2025-8
honda-urban-concept-mas-2025-1
honda-urban-concept-mas-2025-2
honda-urban-concept-mas-2025-9
Honda Urban Concept
Honda Urban Concept
honda-urban-concept-mas-2025-4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Malaysia Autoshow 2025, roda2, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev