• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 3,200 Peluang Pekerjaan Ditawarkan dalam Industri Rel ECRL Menjelang 2027

Lebih 3,200 Peluang Pekerjaan Ditawarkan dalam Industri Rel ECRL Menjelang 2027

May 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PROJEK Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka membuka lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia menjelang fasa pengoperasian dan penyelenggaraan (O&M) yang dijadual bermula Januari 2027.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Sie Fook berkata, 1,800 tenaga kerja diperlukan untuk fasa operasi, dan 80 peratus akan diisi warga tempatan dengan pelbagai kepakaran.

Penubuhan ECRL Operation Sdn Bhd: Usahasama MRL, CCC

ECRL Operation Sdn Bhd ialah syarikat usaha sama:

  • Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL)
  • China Communications Contruction Company Ltd (CCC)

Kedua-dua syarikat memiliki pegangan 50:50 yang menjadi teras kepada operasi rel dan penyelenggaraan ECRL.

Pelatih Tempatan Dihantar Jalani Latihan Intensif di China

210 pelatih tempatan akan dihantar ke Liuzhou, China tahun ini untuk menjalani latihan intensif setahun membabitkan teori, praktikal, dan pengalaman sebenar dalam operasi rel.

Kumpulan pertama seramai 102 orang dijadual berlepas 15 Mei ini, dan latihan melibatkan pelbagai bidang seperti:

  • Penolong pemandu tren
  • Juruteknik isyarat
  • Juruteknik talian atas (overhead line)
  • Penyelenggaraan EMU dan E-Loco

Ini peluang sebenar untuk anak muda kita membina kerjaya dalam industri rel moden. Mereka dijamin pekerjaan selepas tamat latihan. Ini bukan sekadar latihan tetapi ini laluan kerjaya." - kata Anthony Loke

Program itu sebahagian inisiatif Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) yang dimulakan sejak 2017 dan kini memberi tumpuan kepada fasa O&M, yang menandakan komitmen Kerajaan dalam memastikan projek mega tersebut bukan saja setakat membina infrastruktur, tetapi juga masa depan rakyat Malaysia.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev