• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar UPM: Kamera Perangkap Had Laju Dicadang Diperluas ke Luar Bandar

Pakar UPM: Kamera Perangkap Had Laju Dicadang Diperluas ke Luar Bandar

May 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGGUNAAN kamera perangkap had laju disarankan diperluas ke kawasan luar bandar dan pekan kecil bagi mengatasi kes pelanggaran lampu merah yang semakin meningkat.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, penguatkuasaan melalui kamera terbukti berkesan, tetapi ketika ini masih tertumpu di kawasan bandar utama.

Ramai pemandu langgar lampu isyarat dan had laju kerana yakin tidak akan ditangkap. Penggunaan kamera secara menyeluruh mampu tingkatkan kesedaran."

Beliau mencadangkan penggunaan lampu isyarat digital bernombor (countdown) supaya pemandu lebih bersedia dan tidak memecut tiba-tiba. Selain itu, rekabentuk simpang berperingkat juga disarankan bagi mengurangkan konflik laluan dan risiko kemalangan.

Penguatkuasaan Lebih Cekap dan Tegas

Cadangan Dr Law itu dibuat berikutan kes kemalangan maut membabitkan pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Muhammad Annas Iskandar Mohd Khairi, 21, yang maut dirempuh van dipercayai melanggar lampu merah di Persiaran Senawang 1, juga lokasi sama insiden serupa, Mac lalu.

Beliau mencadangkan:

  • Denda lebih tinggi untuk kesalahan serius.
  • Penggantungan lesen secara automatik.
  • Penggunaan sistem sedia ada seperti AES, Kejara dan lampu isyarat pintar diperluas ke seluruh negara.

Menurutnya lagi, rekabentuk simpang yang mengelirukan dan papan tanda yang kurang jelas turut menyumbang kepada masalah.

Pendidikan dan Kempen Berterusan

Dr Law turut menekankan kepentingan kempen keselamatan jalan raya secara berterusan bagi memastikan pemandu kekal peka dan tidak mengambil mudah peraturan.

Ini bukan sekadar hukuman, tetapi pencegahan."

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kamera Perangkap Halaju, Kemalangan Langgar Lampu Merah, kemalangan maut, Muhammad Annas Iskandar Mohd Khairi, pakar, Pakar UPM, Pelajar KPTM Maut Kemalangan, Prof Madya Dr Law Teik Hua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev