• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Nombor Pendaftaran Sedia Dibida (VAV 1 - VAV 9999), Pemilik VAV 1 Paling Dinanti

Lagi Nombor Pendaftaran Sedia Dibida (VAV 1 - VAV 9999), Pemilik VAV 1 Paling Dinanti

July 5, 2017 By Han Othman 5 Comments

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINGGU ini saja sudah tiga notis iklan tempahan nombor pendaftaran kenderaan dihebahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi laman Facebook badan penguatkuasaan jalan raya itu. Sebelum ini JPJ ada mengiklankan tawaran bidaan bagi nombor pendaftaran AKU (Perak) dan DDD (Kelantan).

Semalam, JPJ membuka pula satu lagi bidaan bagi nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan, VAV 1 - VAV 9999 bermula 8 pagi semalam (Selasa, 04 Julai 2017) hingga 12 tengah hari, 17 Julai 2017 (Isnin). Seperti biasa, jika anda berminat, bolehlah dapatkan borang tempahan nombor pendaftaran (M.V.10) yang boleh dimuat turun di laman web jpj.gov.my.

Pasti ramai ternanti-nati siapakah pemilik 'bertuah' nombor VAV 1? Namun, tiada sebarang maklumat didedahkan JPJ setakat ini.

Nombor pendaftaran VAV 1 apabila dieja adalah berbunyi VAVI yang juga merujuk kepada sebutan versi lembut (sopan?) bagi perkataan 'BABI', yakni bahasa slanga kasar dan makian di kalangan rakyat Malaysia. Logiknya, sudah hampir pasti tiada pembida akan membeli nombor yang dikaitkan dengan haiwan tabu itu.

Tetapi apa ada pada nombor bukan? Di atas jalan sekarang pun kita sudah ada banyak pemandu yang tiada nombor pendaftaran VAV 1 tetapi masih berperangai tidak serupa manusia. Hah, jawab jawab!

* Gambar sekadar hiasan.

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, nombor pendaftaran, nombor pendaftaran VAV 1 - VAV 9999 dibuka

Comments

  1. Awie says

    July 5, 2017 at 11:37 AM

    Btui2..memandu sambil main hp paling VAVI...

    Reply
  2. zaidi says

    July 16, 2017 at 11:01 AM

    kenapa si taliban kuning jadi pilihan VAV1?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my