• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: Kenderaan Mikromobiliti Tidak Boleh Guna di Jalan Raya Awam

JPJ: Kenderaan Mikromobiliti Tidak Boleh Guna di Jalan Raya Awam

May 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menegaskan mana-mana individu yang menggunakan kenderaan mikromobiliti seperti skuter elektrik dan hoverboard di jalan raya awam akan dikenakan tindakan undang-undang.

Timbalan Pengarah JPJ Melaka, Khairul Aswad Abdul Halim berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video tular 18 saat yang memaparkan tiga individu menaiki skuter elektrik di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Bachang.

@francis_lim86 Limited edition #melakapeople #melakahawau #melakaviraltiktok #melaka #viraltiktok #abangex5 #creatorsearchinsights ♬ original sound - Antonio Altiparmak

Menurutnya, perbuatan itu boleh disabit bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa kepada denda tidak lebih RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-dua sekali.

Di bawah Perintah Larangan Kenderaan (Pindaan) 2021, penggunaan mikromobiliti seperti e-skuter, monowheel, segway, dan basikal elektrik tanpa kelulusan jenis adalah dilarang di jalan raya awam.

Sebaliknya kenderaan tersebut hanya dibenarkan melalui kawasan khas seperti taman rekreasi atau laluan persendirian.

JPJ menggesa orang awam agar mematuhi peraturan demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Kenderaan Mikromobiliti, video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev