• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo

Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo

July 4, 2017 By Han Othman 3 Comments

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM banyak binatang, kanggaru adalah satu-satunya haiwan yang mendatangkan masalah kepada Volvo apabila prototaip autonomi buatan pengeluar dari Sweden itu bermasalah mengecam spesies mamalia tersebut.

Setakat ini, 'Sistem Pengesanan Haiwan Besar' dibangunkan Volvo mampu mengesan dan mengelak rusa, elk dan karibu. Namun, ujian awal dilakukan di Australia mendedahkan kelemahan sistem berkenaan apabila berdepan kesukaran mengesai paten kanggaru bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

UJIAN PENGESANAN KANGGARU

Pengarah Urusan Volvo Australia, Kevin McCann berkata, penemuan itu adalah sebahagian daripada fasa pembangunan dan ujian bagi teknologi autonomi, serta masalah itu dijangka selesai apabila siap sedia berada di pasaran menjelang 2020 nanti.

Mana-mana pengeluar yang menjalankan konsep kereta autonomi perlu melakukan kerja pembangunan sama.

"Kami membawa jurutera ke Australia untuk mula mengumpulkan data tentang bagaimana haiwan itu bergerak dan berkelakuan supaya komputer dapat lebih memahami."

- KEVIN MCCANN, Pengarah Urusan Volvo Australia

Awal bulan ini, Pengarah Teknikal Volvo Australia, David Pickett memberitahu ABC tentang masalah yang dihadapi sistem pengesanan prototaip itu yang menjadikan permukaan bumi sebagai titik rujukan. Sistem tersebut dikatakan gagal mengira seberapa dekat jarak kanggaru dengan kereta disebabkan cara pergerakan haiwan itu yang melompat untuk bergerak.

"Apabila di udara, kanggaru nampak seperti jauh, kemudian di darat ia nampak dekat," kata Pickett sambil menambah prototaip kereta autonomi itu masih dalam fasa pembangunan.

"Kereta tanpa pemandu belum lagi ada, dan membangunkan teknologi untuk mengecam kanggaru adalah sebahagian daripada pembangunan tersebut. Kami sedang menghasilkan sebuah  kereta yang dapat mengecam kanggaru," katanya lagi.

FAKTA KANGGARU

Kanggaru ialah penyebab kemalangan paling tinggi berbanding haiwan lain di Australia. Faktanya, kanggaru bertanggungjawab ke atas 90 peratus kemalangan membabitkan kenderaan dan haiwan di negara berkenaan.

Mungkinkah destinasi ujian Volvo selepas ini ialah Malaysia? Khabarnya, Volvo bakal berdepan masalah sama di negara ini. Bezanya bukan dengan kanggaru, tetapi pemandu Malaysia sendiri, di mana Volvo mungkin perlu membangunkan sistem pengesanan yang dapat mengecam balingan selipar, mengelak lampin pakai buang dan meneka kenderaan di depan membelok. 😀

SUMBER: Car Scoops

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Australia, autotainment, kanggaru, kereta autonomi, kereta pandu autonomi, kereta pandu sendiri, kereta tanpa pemandu, Roda4, Volvo, Volvo Australia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my