• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda ADV160 2025 Special Edition Tampil Warna Baharu, Harga RM13,549

Honda ADV160 2025 Special Edition Tampil Warna Baharu, Harga RM13,549

May 2, 2025 By Shawkath Leave a Comment

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) terus menyegarkan penawaran skuter popular Honda ADV160 2025 dengan melancarkan varian Special Edition terbaharu yang kini hadir dalam warna baharu Gray (kelabu), selain warna sedia ada, Matte Green (hijau kusam).

Kedua-dua pilihan warna itu ditawarkan sebagai edisi terhad, dan dijual pada harga RM13,549.

Honda ADV160 Special Edition 2025 ini boleh mula dimiliki di semua pengedar sah Honda dan premis IMPIAN X seluruh negara bermula 8 Mei 2025.

Spesifikasi Honda ADV160 kekal seperti model sedia ada seperti berikut:

  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 156.9cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI dan transmisi automatik CVT.
  • Output kuasa 15.8hp @ 8,500rpm, dan tork  14.7Nm @ 6,500rpm
  • Sistem brek cakera depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci ABS (saluran tunggal)
  • Suspensi fork teleskopik di depan dan dwi-absorber dengan subtangki (belakang)
  • Tayar 110/80-14 di depan dan 130/70-13 (belakang)
  • Kapasiti tangki minyak 8.1 liter
  • Berat 133kg
  • Ciri tambahan: Sistem kunci pintar Smart Key System (SKS), panel meter digital penuh, ruang simpanan bawah pelana luas, sistem henti lahu Idling Stop System (ISS)

Honda ADV160 bukan saja terkenal dengan rekabentuk bergaya ala skuter advencer, tetapi juga ciri praktikal sebagai pilihan ideal untuk kegunaan harian dan pengembaraan jarak dekat.

Dengan pelancaran warna baharu itu, Honda ADV160 2025 Special Edition  tampil lebih segar dan bergaya, yang sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan dengan sentuhan eksklusif.

honda adv160 gray - 8
honda adv160 gray - 7
honda adv160 gray - 1
honda adv160 gray - 4
honda adv160 gray - 6
honda adv160 gray - 5
honda adv160 gray - 2
honda adv160 gray - 3
honda adv160 - 2
honda adv160 - 3
honda adv160 - 8
honda adv160 - 1
honda adv160 - 7
honda adv160 - 6
honda adv160 - 4
honda adv160 - 5
honda adv160 - 8
honda adv160 - 7
honda adv160 - 1
honda adv160 - 4
honda adv160 - 6
honda adv160 - 5
honda adv160 - 2
honda adv160 - 3

Related

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda ADV160, roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev