• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #AutoShanghai2025: Chery Tiggo 9L dengan Rekabentuk Berbeza Berbanding Famili Tiggo Lain

#AutoShanghai2025: Chery Tiggo 9L dengan Rekabentuk Berbeza Berbanding Famili Tiggo Lain

May 1, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY sekali lagi membuat kejutan dengan mempamerkan kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana serba canggih, dipanggil Chery Tiggo 9L di pameran Auto Shanghai 2025, tetapi apa yang menjadi persoalan, kenapa rekabentuk SUV itu sangat berbeza berbanding model dalam famili Tiggo lain?

SUV itu seakan menjadi 'bapa' kepada model seperti Tiggo 4, Tiggo 7, Tiggo 8, dan Tiggo 9 kerana semua model berkenaan ada persamaan dari segi rekabentuk seperti SUV premium.

Namun, selepas lama memikirkan perkara itu, kami mendapati rekabentuk Tiggo 9L sebenarnya bakal menjadi rekabentuk baharu famili Tiggo akan datang seperti gaya Amerika yang nampak lebih rugged.

Walaupun model tersebut hanya model konsep, tetapi ia seakan sudah 90 peratus lengkap dan memberikan petanda bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Jadi untuk perincian dan spesifikasi, Chery Tiggo 9L akan menampilkan pelbagai teknologi canggih seperti tiga motor elektrik dan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Falcon 700.

Nama Chery Tiggo 9L mungkin sama dengan Tiggo 9, tetapi jika dibezakan terperinci, kedua-dua model berkenaan tiada kaitan teknikal atau rekabentuk kenderaan.

Sistem Hibrid Prestasi Tinggi

Chery Tiggo 9L menggunakan sistem hibrid prestasi tinggi Kunpeng Super Performance Hybrid CDM-S, terdiri daripada tiga motor elektrik, dan diperkuat ciri seperti kawalan redaman Continuous Damping Control (CDC) iaitu absorber pintar, serta fungsi 'Tank Turn'.

Ada tiga kategori dalam sistem hibrid Kunpeng, iaitu:

  • Penjimatan (CDM/CEM)
  • Prestasi (CDM-S/CEM-S), digunakan Tiggo 9L
  • Off-road (CDM-Q/CEM-Q)

ADAS Falcon 700

Secara mudah, Falcon 700 adalah sebahagian teknologi ADAS Chery yang menggunakan sensor lidar di bumbung dan sensor kamera di fender depan untuk memberikan pemanduan semi autonomi (Tahap 2) dengan ciri Falcon tiga tahap, iaitu 500, 700, dan 900.

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, Chery Tiggo 9L menampilkan lampu bentuk H sebagai simbol 'Hero' dan 'Home', dan gril depan besar yang dipadankan lampu LED bersambung, manakala fon Chery di belakang pintu but terletak antara lampu belakang mirip gaya premium semasa.

Dari sisi, SUV segmen-D itu menampilkan gerbang roda lebar, pemijak sisi, dan rim aloi 20 inci multi-jejari untuk menyerlahkan karakter sporty gagah.

Chery Tiggo 9L dikatakan hadir dengan konfigurasi 6- atau 7-kerusi yang menjadikan model itu pilihan ideal untuk keluarga besar yang mencari kemewahan dan teknologi dalam satu pakej.

Rekabentuk model tersebut secara tidak langsung akan bersaing dengan model negara Asia seperti Toyota Highlander, Kia Sorento, Hyundai Palisade, dan jenama Amerika seperti Rivian R1S.

chery-tiggo-9L-6
chery-tiggo-9L-5
chery-tiggo-9L-8
chery-tiggo-9L-3
chery-tiggo-9L-2
chery-tiggo-9L-1
chery-tiggo-9L-4
chery-tiggo-9L-7

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Shanghai 2025, Auto Terkini, Chery, Chery Tiggo 9L, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV saiz pertengahan, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev