• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMW Toyota Serah Lima Kenderaan Elektrifikasi kepada MOT, Sokong Mobiliti Hijau Negara

UMW Toyota Serah Lima Kenderaan Elektrifikasi kepada MOT, Sokong Mobiliti Hijau Negara

April 30, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) memberikan komitmen serius terhadap usaha mobiliti mampan negara apabila menyerahkan lima unit kenderaan elektrifikasi kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) sebagai simbol sokongan terhadap agenda rendah karbon nasional.

Barisan model diserahkan itu melibatkan tiga unit kenderaan hibrid elektrik (HEV), iaitu Toyota Alphard, Camry dan Corolla Cross, serta dua model bateri elektrik (BEV), iaitu Toyota bZ4X dan Lexus RZ. Inisiatif itu bertujuan memberi peluang kepada MOT untuk menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam konteks penggunaan harian sektor awam.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K (paling kanan) berkata, usaha ini bukan sekadar simbolik, tetapi pendekatan strategik dalam menyokong peralihan Malaysia ke arah emisi karbon sifar menjelang 2050.

Beliau menegaskan, melalui pendekatan Multipathway Toyota, pelbagai teknologi elektrifikasi seperti HEV, BEV, PHEV (hibrid plug-in) dan FCEV (kenderaan elektrik sel bahan api) ditawarkan untuk memastikan tiada segmen masyarakat yang tercicir dalam peralihan tersebut.

Selain mengurangkan emisi karbon, pendekatan itu juga lebih inklusif dan pragmatik kerana disesuaikan mengikut kemampuan, infrastruktur dan kesediaan pengguna, sekali gus memberi ruang untuk beralih secara progresif tanpa beban perubahan drastik.

Pengarah Eksekutif UMW Toyota, Mohd Shamsor Mohd Zain (berdiri kiri) berkata, teknologi hibrid kekal menjadi komponen penting dalam pelan elektrifikasi Toyota, terutama di negara membangun seperti Malaysia. Dengan keupayaan mengurangkan emisi karbon serta-merta tanpa perlu perubahan besar terhadap infrastruktur, hibrid dilihat sebagai solusi peralihan paling praktikal.

Inisiatif kerjasama itu juga menyokong Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, yang mensasarkan peningkatan penggunaan kenderaan elektrifikasi (xEV) kepada 15 peratus menjelang 2030 dan 38 peratus menjelang 2040. Ini sejajar Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menekankan peranan sektor swasta dalam mempercepat usaha kelestarian.

Melalui pengalaman langsung pegawai MOT menggunakan teknologi berkenaan, Kerajaan akan dapat membentuk dasar yang lebih berteraskan data, realistik dan berpandangan jauh. UMW Toyota percaya pembentukan dasar lebih cekap dan lestari memerlukan kerjasama rapat antara sektor awam dan swasta.

Dengan visi 'Move Your World', UMW Toyota bukan saja berusaha membawa penyelesaian mobiliti inovatif, tetapi turut memainkan peranan sebagai pemangkin perubahan, dari segi dasar, kesedaran pengguna dan pendidikan awam ke arah masa depan mobiliti negara yang lebih hijau dan berdaya tahan.

kementerian-pengangkutan-dapat-ev-toyota-umwt-6
kementerian-pengangkutan-dapat-ev-toyota-umwt-5
kementerian-pengangkutan-dapat-ev-toyota-umwt-4
kementerian-pengangkutan-dapat-ev-toyota-umwt-3
kementerian-pengangkutan-dapat-ev-toyota-umwt-2
kementerian-pengangkutan-dapat-ev-toyota-umwt-1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Dasar Tenaga Negara 2022-2040, Kementerian Pengangkutan (MOT), kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, Toyota, Toyota Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT), UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev