• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Trak dan Lori / #AutoShanghai2025: Apa Kami Tahu Tentang Trak Pikap Jetour F700

#AutoShanghai2025: Apa Kami Tahu Tentang Trak Pikap Jetour F700

April 30, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTOTAIP trak pikap Jetour F700 ada dipamerkan dalam kotak gergasi ini, tetapi tiada sebarang rakaman foto atau video dibenarkan. Malah telefon atau gajet perakam perlu ditinggalkan di luar sebelum boleh masuk ke dalam.

Mungkin Jetour berhajat membuat kejutan dengan trak pikap terbaharu mereka yang dikatakan masih dalam fasa pembangunan dan akan lancar dalam masa dua atau tiga tahun. Atau lebih awal?

Penulis sempat masuk dan melihat kenderaan rahsia itu. Apa yang pasti, bentuk fizikal memang sebuah trak pikap moden dan rekabentuk tidaklah sebegitu futuristik seperti model konsep yang pernah ditayangkan sebelum ini di China.

Model konsep itu dikatakan menggunakan kamera sepenuhnya sebagai cermin sisi, tetapi versi prototaip yang ditayangkan menggunakan cermin sisi biasa. Namun, ada kamera kecil pada perumah cermin untuk paparan 360°.

Tiada sebarang gambaran mengenai kabin dapat dikongsi kerana setiap keping cermin pada trak pikap itu digelapkan sepenuhnya.

Rekabentuk Jetour F700 nampak realistik dan praktikal sebagai trak pikap untuk kegunaan harian yang tampil rugged. Berikut spesifikasi yang sempat dikumpul:

  • Trenkuasa hibrid dengan enjin 2.0L TGDI dan transmisi 2DHT (2-drive direct hybrid transmission).
  • Dibantu dwi-motor elektrik pada gandar depan dan belakang.
  • Bateri 34.13kWh
  • Kombinasi output kuasa 540kw dan tork 795Nm
  • Output motor elektrik 665kW dan tork 1135Nm
  • Sistem pacuan empat roda (4WD).
  • Suspensi double-wishbone (depan dan belakang)
  • 5-kerusi
  • Dimensi panjang 5,495mm, lebar 2,050mm dan tinggi 1,980mm, manakala jarak roda 3,350mm
  • Rim 20 inci dengan tayar 275/60 (model dipamer 265/70 R18)
  • Port mengecas (PHEV) sebelah kiri, manakala tangki petrol sebelah kanan
  • Ada rel bumbung
  • Bumbung putih, badan coklat dan cladding hitam.
  • Pilar-A, -B, dan -C hitam
  • Perlu diingatkan, trak pikap Jetour F700 masih di peringkat pembangunan.

Belum pasti semua ciri di atas akan terus dikekalkan atau mungkin ditambah baik. Gambar di bawah ini ialah model konsep yang ditayangkan di Auto Shanghai 2025 di China baru-baru ini.

JETOUR F700 Konsep - 10
JETOUR F700 Konsep - 11
JETOUR F700 Konsep - 1
JETOUR F700 Konsep - 3
JETOUR F700 Konsep - 6
JETOUR F700 Konsep - 7
JETOUR F700 Konsep - 8
JETOUR F700 Konsep - 9
JETOUR F700 Konsep - 5
JETOUR F700 Konsep - 4
JETOUR F700 Konsep - 2
JETOUR F700 Konsep - 12
JETOUR F700 Konsep - 13
JETOUR F700 Konsep - 14
JETOUR F700 Konsep - 15

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Trak dan Lori Tagged With: Auto Terkini, JETOUR F700, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev