• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar UUM Maut Dirempuh Bas di Perhentian Kampus

Pelajar UUM Maut Dirempuh Bas di Perhentian Kampus

April 20, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua bas di Jalan Persiaran Perdana, Sintok, pagi tadi.

Mangsa, yang berasal dari Felda Cemplak, Labis, Johor, disahkan meninggal dunia akibat parah ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abd Rahim berkata, inside berlaku sekitar jam 8.45 pagi ketika sebuah bas berhenti mengambil penumpang di depan. Namun tiba-tiba, bas tersebut dirempuh sebuah lagi bas dari belakang yang datang dari arah sama.

Impak pelanggaran menyebabkan bas pertama menggelongsor ke depan dan melanggar besi pengadang jalan serta menghimpit mangsa yang sedang berjalan kaki menunggu giliran menaiki bas.

Mangsa mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.30 petang.

Kes kini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu kedua-dua bas masing-masing berusia 37 dan 32 tahun sudah dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan.

Pihak universiti memaklumkan sedang menunggu laporan penuh berhubung insiden berkenaan. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, UUM akan mengambil tindakan sewajarnya selepas menerima hasil siasatan penuh daripada pihak berkuasa.

SUMBER: NST Online | HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kemalangan Bas, kemalangan maut, Pelajar UUM Maut, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my