• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pro-Net Rai Pemilik Proton e.MAS 7 di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PIONEER

Pro-Net Rai Pemilik Proton e.MAS 7 di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PIONEER

April 18, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SUBSIDIARI Proton, Pro-Net menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya PIONEER eksklusif kepada pemilik Proton e.MAS 7 di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Subang Jaya, Selangor pada 12 April lalu.

Majlis itu menghimpunkan lebih 200 tetamu dari seluruh negara yang menyatukan semangat Syawal dan aspirasi elektrifikasi dalam suasana penuh kemesraan. Ini juga perjumpaan kedua tahun ini bagi komuniti Proton e.MAS 7 yang menjadi medan masing-masing bertukar pengalaman dan berbincang mengenai masa depan mobiliti lestari.

Selain sambutan perayaan, majlis itu turut menjadi platform interaktif untuk pelanggan berkongsi maklum balas terus dengan wakil Pro-Net dan pakar teknologi.

Pelanggan juga diperkenalkan dengan pelan kemas kini atas talian (Over-The-Air, OTA) untuk Proton e.MAS 7, termasuk ciri baharu seperti kawalan pengecasan melalui skrin sentuh dan aplikasi mudah alih, penalaan sistem Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk keselesaan pemanduan, fungsi prapemanasan bateri, dan paparan lokasi kenderaan ketika dalam mod pegun.

Ciri tambahan seperti buka kunci automatik selepas pengecasan turut diperkenal bagi memudahkan perjalanan berjadual.

Majlis juga memberi peluang kepada pemilik untuk belajar mengenai penjagaan bateri LFP dan NMC supaya prestasi dan jangka hayat kenderaan dapat dipertingkat. Pro-Net turut memaklumkan lebih 2,300 pusat pengecas awam kini tersedia di Malaysia, meliputi 90 peratus kawasan negara yang langkah penting dalam pengukuhan ekosistem EV tempatan.

Dengan lebih 1,853 unit e.MAS 7 sudah diserahkan pada suku pertama 2025 dan pegangan pasaran model EV itu mencecah 26 peratus, yang mengekalkan Proton e.MAS 7 sebagai EV paling laris di Malaysia.

Majlis bukan saja meraikan kejayaan tersebut, tetapi turut memperkukuh semangat komuniti, kepercayaan pelanggan, dan hala tuju Proton dalam industri EV.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, pro-net, Proton, Proton e.MAS 7, Roda4, Rumah Terbuka Hari Raya Proton e.MAS 7 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev