• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stellantis Buka Kilang CKD Model EV Leapmotor di Gurun

Stellantis Buka Kilang CKD Model EV Leapmotor di Gurun

April 18, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


STELLANTIS dan Leapmotor hari ini mengumumkan langkah penting dalam usaha elektrifikasi Asean menerusi pelan pemasangan tempatan kenderaan elektrik (EV) Leapmotor di Malaysia dan projek akan bermula di kilang Stellantis di Gurun, Kedah dengan pelaburan awal bernilai €5 juta (RM25.06 juta).

Kerjasama ini menggabungkan kepakaran global Stellantis dan teknologi EV canggih Leapmotor dari China. Ini bukan saja menandakan permulaan pengilangan tempatan EV Leapmotor, tetapi juga menempatkan Malaysia sebagai peneraju industri EV rantau ini.

Strategi itu turut menyokong inisiatif elektrifikasi global Stellantis di bawah pelan Dare Forward 2030, dengan menumpukan kepada pertumbuhan dia India dan Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Stellantis India & Asia Pasifik, Ashwani Muppasani berkata, kerjasama ini akan mempercepat mobiliti mapan di seluruh Asia Tenggara. Gabungkan teknologi Leapmotor dan kekuatan operasi Stellantis, kedua-dua syarikat berhasrat menyediakan solusi mobiliti berteknologi tinggi yang lebih mudah diakses.

Kilang Stellantis di Gurun, Kedah.

Pemilihan Gurun sebagai lokasi pemasangan dibuat kerana infrastruktur kukuh dan lokasi strategik sebagai hab automotif serantau. Ini juga sejajar visi Stellantis, 'Dibina di Asean untuk Asean' yang mahu memacu pertumbuhan tempatan dan kecekapan pengedaran ke negara jiran.

Pengarah Urusan Stellantis Asean, Isaac Yeo pula berkata, kilang di Gurun sudah dinaik taraf untuk menyokong pengeluaran EV dengan model pertama akan dipasang ialah Leapmotor C10, yang dijadual bermula hujung 2025. Pencapaian tersebut menjadikan Leapmotor sebagai EV pertama dipasang tempatan di kilang tersebut.

Inisiatif itu juga selaras Dasar Automotif Negara (NAP) 2030 yang menjadi aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Selain itu, kerjasama berkenaan dijangka memberi impak positif kepada pembangunan industri automotif melalui pemindahan teknologi dan kerjasama dua hala Malaysia-China.

Pengasas Leapmotor, Zhu Jiangming menyifatkan projek itu sebagai pemangkin kepada pengembangan global syarikat. Sementara itu, CEO Leapmotor International, Tianshu Xin menekankan komitmen dalam menawarkan teknologi berkualiti tinggi pada harga mampu milik yang selaras slogan pengeluar itu, 'Excellence Within Reach'.

stellantis-logo-2
leapmotor-logo

Leapmotor sudah membuat debut di Malaysia pada Oktober 2024 dan kini merancang memperluas kehadiran ke seluruh Asean dengan sokongan pengedaran global daripada Stellantis. Inisiatif CKD itu menjadi titik tolak kepada akses lebih luas kepada EV berkualiti tinggi dan mampu milik di rantau ini.

Dengan visi bersama untuk mendemokrasikan mobiliti elektrik, Stellantis dan Leapmotor kini membuka laluan kepada masa depan EV lebih inklusif dan mampan yang bermula di Malaysia dan berkembang ke seluruh Asean.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Ashwani Muppasani, Auto Terkini, Dare Forward 2030, Isaac Yeo, Leapmotor, Leapmotor C10, Roda4, Stellantis, Tianshu Xin, Zhu Jiangming

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev