SUBARU memperkenalkan Outback serba baharu (2026) sempena ulang tahun ke-30 yang kini memasuki generasi ketujuh.
Generasi ketujuh Outback tampil dengan rekaan lebih berani, teknologi terkini serta pelbagai peningkatan dalam aspek keselamatan, keselesaan, dan keupayaan pacuan semua roda yang menjadi warisan Subaru.
Sejak pengenalannya tiga dekad lalu, lebih tiga juta unit Outback telah terjual di Amerika Syarikat (AS) yang membuktikan reputasi model ini dan Subaru.
Model serba baharu ini digerakkan enjin biasa (naturally-aspirated) atau turbo. Outback ditawarkan dalam enam varian iaitu Premium, Limited, Touring, Limited XT, Touring XT dan Wilderness dan dijangka mula dijual pada hujung tahun 2025.
Enjin dan Prestasi
- Enjin 2.5L SUBARU BOXER®, 180 hp, 241Nm – dipadankan dengan CVT 8-kelajuan Lineartronic®.
- Enjin 2.4L Turbo SUBARU BOXER®, 260 hp, 376Nm – dipadankan dengan CVT 8-kelajuan Lineartronic®, khusus untuk varian XT dan Wilderness.
- Pacuan Semua Roda Simetri Subaru standard. Dipertingkatkan dengan penguncian diferensial tengah lebih pantas dan kestabilan lebih baik semasa pusingan dan selekoh.
- Semua varian Outback dilengkapi dengan sistem X-MODE® yang dipertingkatkan, boleh dikawal melalui suis pada stereng untuk prestasi luar jalan yang lebih baik.
Stereng dan Kelegaan Tanah
- Rak stereng dwi-pinion dari Subaru WRX – lebih responsif.
- Nisbah gear berubah-ubah untuk pengendalian optimum pada pelbagai kelajuan.
- Jarak kelegaan tanah 8.7 inci standard untuk semua varian.
- Rim 19 inci; Wilderness kekal dengan rim 17 inci dan tayar lasak.
Rekaan Luar Baharu
- Fascia hadapan dengan gaya vertikal dan agresif, gril lebih besar.
- Fascia bawah bertekstur untuk aerodinamik dan tahan calar.
- Profil sisi lebih berkotak; garis bumbung lebih rata.
- Pilar belakang lebih lebar menekankan kekukuhan struktur.
- Rel bumbung standard dengan kapasiti 363 kg beban statik, 100 kg beban dinamik dan sisi.
- Cermin belakang lebih condong untuk ruang kargo tambahan.
- Pelindung bawah berbentuk aerodinamik dan tahan calar.
- Lencana SUBARU timbul boleh ditanggalkan untuk akses cangkuk treler.
Rekaan Dalaman dan Ruang
- Paparan infotainmen dan meter selaras dari segi visual.
- Pelapik bumbung diperbuat daripada 12 botol plastik kitar semula.
- Suis fizikal untuk kawalan iklim.
- Pemegang botol di pintu boleh memuatkan botol 946 mililiter (ml) atau kira-kira 0.95 liter.
- Pemegang cawan rekaan baharu sesuai untuk pelbagai saiz.
Paparan Digital dan Teknologi Infotainmen
- Paparan skrin sentuh Subaru 12.1 inci dan kluster meter digital penuh 12.3 inci.
- Menu menegak untuk navigasi, muzik dan telefon.
- Bar maklumat suhu luar, status kenderaan, pengecaman suara.
- Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar.
- Suis fizikal untuk kawalan suhu.
- Navigasi hibrid dengan data awan dan onboard.
Kluster Meter Digital
- Tiga mod paparan: Normal, Calm, dan Fokus Peta.
- Paparan navigasi boleh dipancarkan dari telefon.
- Paparan khas untuk EyeSight® tunjuk keadaan jalan dan trafik sekeliling.
Ruang dan Keselesaan
- Bumbung lebih tinggi 2 inci, ruang kargo 34.6 kaki padu (+2 kaki padu).
- Lebar ruang kargo 43.3 inci.
- Gantungan serbaguna boleh menampung hingga 2.7 kg.
- Kerusi baharu dipasang terus ke casis untuk kestabilan dan keselesaan.
- Goyangan sisi dikurangkan 42%.
- Kusyen boleh laras menyokong peha lebih baik.
Kesenyapan Kabin dan Ciri Praktikal
- Bahan penyerap bunyi pada bumbung dan pelapik siling.
- Pengurangan bunyi angin 10% melalui elemen aerodinamik dan rel bumbung.
- Pemegang botol lebih besar, pemegang cawan fleksibel.
- Klip pengecas telefon bebas kabel.
- Penutup tonneau daripada bahan kitar semula, boleh dibasuh dan disimpan.
Keselamatan dan Bantuan Pemandu EyeSight®
- Brek Pra-Pelanggaran Hadapan, Kawalan Jelajah Adaptif, Penumpuan Lorong (Lane Centering), Amaran Keluar Lorong, Amaran Huyung Lorong, Bantuan Berhenti Kecemasan, Brek Lintas Trafik Hadapan, Bantuan Tersalah Pecutan, Stereng Haptik Bergetar, Amaran Keluar Lorong.
- Pilihan: Bantuan Berhenti Kecemasan dengan Pilihan Lorong Selamat, Kawalan Pra-Selekoh, Bantuan Tukar Lorong Aktif di Lebuh Raya, Bantuan Sambung Semula Automatik di Lebuh Raya, Bantuan Pemanduan Bebas Tangan di Lebuh Raya sehingga 137 km/j dengan penyeliaan pemandu.
Leave a Reply