• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Op Selamat 24: Jumlah Kemalangan Jalan Raya Naik, Bilangan Kematian Turun

Op Selamat 24: Jumlah Kemalangan Jalan Raya Naik, Bilangan Kematian Turun

April 16, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JUMLAH kemalangan jalan raya sepanjang Op Selamat 24 menyaksikan kenaikan bilangan kemalangan tetapi kadar kematian menurun.

Perkara itu dikongsi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada Majlis Apresiasi Op Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) baru-baru ini.

Beliau berkata:

Op Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 yang bermula pada 29 Mac 2025 sehingga 3 April 2025 merekodkan kemalangan jalan raya berjumlah 9,859 kes, mencatat peningkatan sejumlah 408 kes bersamaan empat peratus, berbanding 9,451 kes semasa Op Selamat 22 pada tahun lalu.

"Namun begitu, jumlah kemalangan maut mencatat penurunan 41 peratus, dengan 77 kes kemalangan maut, berkurangan 54 kes berbanding tahun sebelumnya merekodkan sejumlah 131 kes.

“Alhamdulillah, turut berkurangan adalah jumlah kematian akibat kemalangan. OP Selamat 24 merekodkan 85 kematian, penurunan 59 kematian bersamaan 41 peratus berbanding 144 kematian pada tahun lalu.”

Memperincikan dapatan data statistik tersebut, beliau menyatakan penunggang dan pembonceng motosikal kekal penyumbang tertinggi angka korban dalam Op Selamat edisi kali ini.

Sebanyak 52 kematian penunggang dan pembonceng motosikal direkodkan berbanding 93 kematian pada tahun lalu, mencerminkan pengurangan 41 kematian atau 44 peratus.

Ayob Khan memaklumkan trend penurunan kemalangan jalan raya di seluruh negara itu menggambarkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap peraturan serta undang-undang lalu lintas.

SUMBER: RMP

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Op Selamat 24

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev