• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Budak 11 Tahun Reka Peranti Elak Kanak-Kanak Maut Kepanasan Ditinggalkan dalam Kereta

Budak 11 Tahun Reka Peranti Elak Kanak-Kanak Maut Kepanasan Ditinggalkan dalam Kereta

July 2, 2017 By Han Othman Leave a Comment

434
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH yang anda lakukan ketika baru berusia 11 tahun? Mungkin sedang asyik menonton rancangan kartun, ataupun seronok bermain basikal dengan rakan-rakan sebaya. Tetapi tidak bagi kanak-kanak 11 tahun dari Texas, Amerika Syarikat ini kerana dalam usia semuda itu dia sudah mampu mencipta satu peranti yang mampu menghalang insiden kanak-kanak mati kepanasan akibat ditinggalkan ibu bapa dalam kereta.

Menurut CBS News, Bishop Curry setahun lalu ada menyaksikan satu laporan berita mengenai seorang bayi berusia 6 bulan maut akibat kepanasan selepas ibu bapanya tertinggal dalam kereta. Sejak itu, dia terus memulakan projek merekacipta sebuah prototaip untuk menghalang insiden kematian sebegitu daripada berulang.

BACA >>> #Videotomotif: Budak 'Dipanggang' Dalam Kereta. Jangan Tidak Peduli, Mesti Peka dan Bertindak!

bishop-curry-dan-bapa
peranti-oasis-2
lakaran-peranti-bishop-curry
peranti-oasis

Rekacipta Curry itu, dipanggil Oasis, terdiri daripada sebuah kipas yang akan diaktifkan secara automatik apabila dalaman kereta mencapai suhu tertentu dan boleh diletakkan di perehat kepala yang menghala ke arah bayi. Menurut bapa Curry, Bishop Curry IV, anaknya itu kemudian menambah sistem navigasi GPS dalam peranti berkenaan.

Peranti ini akan mengesan jika kenderaan berhenti dengan menggunakan teknologi GPS. Ia kemudian mengesan jika ada bayi di kerusi kereta dan jika suhu kereta mula meningkat. Jika semua perkara itu terjadi, barulah peranti akan mula menghembuskan udara sejuk ke arah bayi menerusi sistem penyejukan dalaman."

- Bishop Curry, 11 Tahun

Tidak hanya berpuas hati dengan rekacipta itu, Curry kemudian menggabungkan pula ciri WiFi pada peranti tersebut yang berfungsi menghubungi ibu bapa bayi berkenaan untuk memaklumkan mereka sudah tertinggal anak sendiri dalam kereta.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas melancarkan kempen GoFundMe sejak Januari lalu bagi mendapat dana membangunkan rekacipta itu, Curry sudah pun siap membina model 3D bagi peranti berkenaan dan turut bersama bapanya membentangkan prototaip itu kepada beberapa pengeluar kerusi kereta yang dilaporkan berminat dengan ideanya.

SUMBER: Car Scoops

Related

434
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Bishop Curry, inovasi, maut tertinggal dalam kereta, peranti Oasis, rekacipta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev