• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Abang Askar 'Naik Sheikh' Tumbuk Pemandu Axia Wanita Mengaku Tak Salah

Abang Askar 'Naik Sheikh' Tumbuk Pemandu Axia Wanita Mengaku Tak Salah

April 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KELUARGA pemandu Perodua Axia wanita yang ditumbuk seorang anggota tentera di Senawang, Negeri Sembilan pada 29 Mac lalu merayu orang awam yang menyaksikan insiden tersebut supaya tampil memberi keterangan.

Menurut abang mangsa, Umar, rakaman video insiden itu sudah diperoleh dan pemilik rakaman juga bersedia menjadi saksi, tetapi kehadiran saksi mata lain sangat penting bagi mengukuhkan pendakwaan di mahkamah, seperti disarankan peguam.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2025/04/vid-askar-tumbuk-pemandu-axia-wanita.mp4

 

Keluarga mangsa turut merancang mengambil tindakan saman terhadap suspek sebagai langkah mendidik dan memberi pengajaran supaya insiden sama tidak berulang.

Umar mendedahkan, wakil keluarga suspek pernah datang menawarkan pampasan, tetapi tawaran tersebut ditolak kerana keluarga lebih mementingkan keadilan dan prinsip, terutama memandangkan mangsa ialah wanita dan tidak bersalah dalam insiden tersebut.

Umar turut meluahkan kekecewaan terhadap tindakan suspek yang juga anggota tentera.

Baginya, seseorang yang berkhidmat sebagai anggota keselamatan sepatutnya menjadi pelindung masyarakat, bukan mencederakan orang awam, lebih-lebih lagi seorang wanita yang tidak melakukan sebarang provokasi.

Sementara itu, keadaan adik Umar dilaporkan semakin pulih secara fizikal, tetapi masih mengalami trauma mendalam. Menurut Umar, adiknya kini takut keluar memandu dan sering menangis apabila mengingati insiden yang berlaku yang menunjukkan kesan psikologi akibat insiden tersebut.

Insiden itu tular selepas satu video menunjukkan seorang lelaki menumbuk seorang pemandu wanita di Senawang, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang mendakwa anaknya dilanggar mangsa.

Lelaki berusia 35 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan mangsa dan merosakkan harta benda, tetapi mengaku tidak bersalah.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Askar Tumbuk Pemandu Axia Wanita, Auto Terkini, Kes Gaduh, Mahkamah Majistret, Perodua Axia, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev