• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bentley Continental GT, GTC, Flying Spur & Siri Azure 2025: 4.0L V8 PHEV dengan 680 ps dan 930Nm

Bentley Continental GT, GTC, Flying Spur & Siri Azure 2025: 4.0L V8 PHEV dengan 680 ps dan 930Nm

April 11, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PADA 2024 Bentley memperkenalkan model Speed dan Mulliner dengan rangkaian kuasa Ultra Performance Hybrid yang memiliki kuasa 782 ps.

Buat pelanggan yang mahukan kuasa lebih rendah, Bentley baru sahaja memperkenalkan siri High Performance Hybrid berkuasa 680 ps.

Nadi hibrid plug-in (PHEV) 4.0 liter V8 High Performance Hybrid dimuatkan di dalam Continental GT, Continental GT Convertible (GTC) dan Flying Spur selain siri Azure.

Siri Azure direka untuk membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan, dengan teknologi bantuan pemandu yang menjadikan pemanduan lebih lancar dan selamat.

Kesemua model Continental GT, GT Convertible, Flying Spur dan siri Azure memiliki kuasa 680 ps dan daya kilas 930Nm.

Walaupun kurang berkuasa berbanding Ultra Performance Hybrid, rangkaian kuasa High Performance Hybrid ini mengatasi enjin W12 Speed terdahulu dari segi kuasa dan daya kilas.

Nadi PHEV juga bermakna model baharu boleh dipandu menggunakan mod elektrik sehingga lebih 80 kilometer (km).

Model Continental GT Baharu kini boleh mula ditempah, dengan harga bermula dari GBP£202,400 (RM1,167,334).

Ciri Baharu Continental GT dan GT Convertible:

Luaran:

  • Jeriji matrix ikonik: hitam kilat + krom
  • Jeriji bumper bawah: hitam kusam
  • Spliter depan: hitam kilat
  • Lampu depan Harmony (berbeza dengan GT Speed), inspirasi dari potongan kristal potong dan animasi sambutan khas
  • Krom pada aksen luaran
  • Ekzos krom kembar
  • Lampu belakang lensa merah dengan animasi Harmony

Dalaman:

  • Kerusi buatan tangan (Crewe) - reka bentuk straight fluted
  • Pilihan krom terang atau krom gelap untuk:
    • Panel kawalan
    • Liang udara
    • Tombol pintu
  • Plat "Handcrafted in Crewe, England"

Prestasi (V8 High Performance Hybrid):

  • 680 PS / 930 Nm
  • Pecutan:
    • GT: 0-100 km/j (3.7s)
    • GTC: 0-100 km/j (3.9s)
  • Jarak elektrik:
    • GT: 85 km
    • GTC: 82 km

Teknologi:

  • Bentley Active Chassis termasuk:
    • Dynamic Ride
    • Pembelokan Roda Belakang (Rear Wheel Steering)
    • eLSD (Electronic Limited Slip Differential)
  • 3 mod pemanduan: Comfort, Bentley, Sport

Continental GT Azure & GT Convertible Azure:

Luaran:

  • Jeriji matrix hitam kilat + krom + bilah menegak
  • Spliter hitam kilat kontras jeriji krom
  • Roda 22" Azure (silver + machined metal)
  • Logo Azure pada fender

Dalaman:

  • Jahitan berlian Harmony 3D pada kerusi & pintu
  • Logo Azure bersulam pada penyandar kepala
  • Wellness Seating
  • Venir open-pore walnut
  • Plat Azure bercahaya
  • Jahitan kontras pada balutan kulit
  • Pakej standard: Touring, Comfort & Lighting
  • GT Azure: bumbung suria panorama
  • GTC Azure: Pemanas leher

Flying Spur:

  • Prestasi: 0-100 km/j (3.9s)

Luaran:

  • Jeriji matrix hitam kilat
  • Jeriji bumper bawah hitam kusam
  • Hiasan krom
  • Ekzos bujur krom

Dalaman:

  • Kerusi straight fluted
  • Logo Bentley pada penyandar kepala
  • Panel krom terang untuk suis & liang udara
  • Opsyen krom gelap

Flying Spur Azure:

Luaran:

  • Jeriji matrix hitam kilat + 11 bilah krom
  • Logo Azure pada fender
  • Roda 22" Azure (silver + machined metal)
  • Pilihan kemasan: krom atau Blackline (hitam kilat)

Dalaman:

  • Wellness Seating untuk semua kerusi dengan:
    • Pemanas
    • Pengudaraan
    • Fungsi urut (6 tetapan)
  • Jahitan Harmony
  • Pencahayaan Mood
  • Venir open-pore walnut
  • Pakej Touring, Comfort & Lighting
  • Plat bercahaya bertulis "Azure"

Bentley Continental GT 2025:

Bentley Continental GT 2025.01
Bentley Continental GT 2025.02
Bentley Continental GT 2025.03

Bentley Continental GTC 2025:

Bentley Continental GTC 2025.02
Bentley Continental GTC 2025.03
Bentley Continental GTC 2025.01

Bentley Continental GT Azure 2025:

Bentley Continental GT Azure 2025.01
Bentley Continental GT Azure 2025.02
Bentley Continental GT Azure 2025.03

Bentley Continental GTC Azure 2025:

Bentley Continental GTC Azure 2025.01
Bentley Continental GTC Azure 2025.02
Bentley Continental GTC Azure 2025.05

Bentley Flying Spur dan Flying Spur Azure 2025:

Bentley Flying Spur 2025.01
Bentley Flying Spur Azure 2025.01
Bentley Flying Spur Azure 2025.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bentley, Bentley Continental, Bentley Continental GT, Bentley Continental GT Azure, Bentley Continental GTC, Bentley Continental GTC Azure, Bentley Flying Spur, Bentley Flying Spur Azure

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev