INDIVIDU warga China yang dikatakan pemandu kereta sport mewah Lamborghini yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Bangsar, Kuala Lumpur tampil menceritakan kisah daripada pihaknya.
Kenyataan suspek dilaporkan media utama seperti Sinar Harian dan Free Malaysia Todaysemalam. Sebelum ini, beberapa media melaporkan JPJ menyita Lamborghini itu untuk tindakan lanjut dan mengeluarkan saman ke atas pemandunya.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kemudian memperbetulkan kenyataan dengan menjelaskan kereta sport mewah itu tidak disita dalam Ops Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025, tetapi pemandu dikenakan saman.
INI PENJELASAN DENG SHENG
Warga China itu, dikenali sebagai Deng Sheng, 28, mendakwa TIDAK ditahan, ADA lesen memandu dan Lamborghini miliknya TIDAK disita.
Malah dia menegaskan memiliki lesen memandu antarabangsa sah, tetapi tidak dapat mengemukakan lesen tersebut ketiks ditahan dalam operasi JPJ itu.
Memetik laporan Sinar Harian, Deng Sheng berkata;
Saya ingin memberi respons terhadap berita palsu yang tular semalam yang dikongsi beberapa media dan di media sosial.
"Mereka mengatakan saya ditahan dan kereta Lamborghini saya disita JPJ kerana saya tiada lesen memandu. Ini tidak benar."
"Saya dikenakan saman kerana tidak bawa permit tersebut dan selepas itu saya dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Saya tidak pernah ditahan dan kereta saya tidak disita.
"Malangnya, berita palsu ini menimbulkan banyak masalah kepada saya. Ini menjejaskan reputasi, perniagaan dan kehidupan peribadi saya.
"Ramai orang hubungi saya tanpa henti untuk bertanya perkara ini. Beberapa media juga secara salah menggelarkan saya sebagai 'influencer' media sosial, sedangkan saya bukan."
Dia juga menjelaskan pegawai JPJ bersikap mesra dan profesional sepanjang masa dan dia menerima layanan adil. Namun media dan pihak lain dikatakan menyebarkan maklumat tidak benar yang menyebabkan dia tertekan dan nama baiknya tercalar.
Deng Sheng berkata;
Saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan nama dan reputasi saya. Tolong hentikan penyebaran berita palsu. Marilah kita hormat kebenaran."
Leave a Reply