BUKANLAH Volkswagen Golf GTI namanya jika tiada kerusi tartan yang bercorak kotak atau dam seperti kain pelikat. Kerusi tartan boleh dikatakan antara tradisi atau trademark Golf sejak model hot-hatch itu dikeluarkan bermula siri Mk1. Malah rekaan kerusi tartan turut diaplikasikan kepada model-model Polo.
Tetapi, tahukah anda asal-usul 'kerusi pelikat' itu?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?
Berdasarkan sejarah, asal-usul kerusi tartan dapat dijejak daripada Gunhild Liljequist (gambar atas), iaitu seorang pelukis porselin terlatih dan wanita pertama yang bekerja di Volkswagen Karriere., iaitu jabatan rekabentuk pengeluar automotif dari Jerman itu. Sebaik saja menyertai jabatan itu pada 1964, Liljequist sudah ditugaskan merekabentuk pelbagai elemen dalaman Golf GTI pertama.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
Beliau kemudian memperkenalkan beberapa idea ringkas yang hebat dan efektif seperti rekaan tombol gear gaya bola golf dan paten kerusi tartan yang kini popular dengan terma 'Clark Plaid'.
Bercakap sempena ulang tahun Golf GTI yang ke-40 tahun lalu, Liljequist berkata;
Saya ambil banyak ilham daripada pengembaraan saya mengelilingi Britain, dan saya selalu tertarik pada fabrik berkualiti tinggi dengan paten dam. Hasilnya, kami menghasilkan sebuah Golf sporty yang tiada sesiapa tahu tentangnya.
"Jadi, saya ambil tugasan itu daripada sudut sporting. Hitam ialah sporty, tetapi saya juga mahukan warna dan kualiti. Anda boleh katakan ia ialah elemen sporty British dalam GTI."
Fabrik original diambil daripada arkib dan digunakan untuk mewujudkan interpretasi moden bagi Clark Plaid untuk MkV GTI. Jadi, rupa tartan klasik masih dikekalkan pada GTI versi Golf MkVI dan MkVII, serta turut diperluaskan pada model selain GTI seperti GTD dan GTE.
Rekabentuk dam mungkin tidak kena dengan cita rasa semua orang dan jika digunakan pengeluar automobil lain, ia mungkin jadi pilihan terakhir. Sebaliknya, tidak bagi model-model GTI kerana corak itu cukup ikonik sehingga membuatkan sesiapa pun akan menyukainya.
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota
SUMBER: Car Throttle
Winto says
Mana la nak cari fabrik ne kat malaysia.. Minat sangat nk custome kat seat golf ne..