• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Johor Nekad Pastikan RON95 untuk Rakyat Malaysia Sahaja

Kerajaan Johor Nekad Pastikan RON95 untuk Rakyat Malaysia Sahaja

April 8, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN Johor, bersama Kerajaan Persekutuan bertekad memastikan subsidi bahan api RON95 hanya dinikmati rakyat Malaysia.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan yang boleh merugikan hak rakyat.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba menyalahguna subsidi dengan menjual RON95 kepada kenderaan asing.

Pemeriksaan di stesen minyak sekitar Johor Bahru dilakukan Onn Hafiz bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna, dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han.

Turut serta dalam pemeriksaan itu ialah pegawai penguat kuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor bagi memastikan pematuhan peraturan penjualan petrol RON95.

Operasi ini bertujuan memastikan tiada penyelewengan berlaku, seperti penjualan RON95 kepada kenderaan asing dan memastikan harga dikenakan tidak melebihi siling RM2.05 seliter.

Selain itu, had pengisian diesel bagi kenderaan asing yang berada dalam radius 50km dari sempadan turut diperiksa bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi.

Onn Hafiz menegaskan usaha penguatkuasaan akan diteruskan berterusan untuk melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi bahan api hanya sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

Beliau juga menyeru orang ramai memainkan peranan dalam melaporkan sebarang penyelewengan atau pelanggaran peraturan kepada KPDN.

Dengan langkah tegas itu, Kerajaan Johor berharap dapat memastikan subsidi RON95 kekal dinikmati rakyat Malaysia, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan yang boleh menjejaskan ekonomi dan kepentingan awam.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bahan api RON95, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, kerajaan johor, Kerajaan Persekutuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my