• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Sumbang RM50k kepada Masjid Putra Heights

Chery Sumbang RM50k kepada Masjid Putra Heights

April 8, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Corporate Malaysia menyumbang RM50,000 kepada Masjid Putra Heights bagi menyokong usaha masjid itu sebagai pusat pemindahan sementara selepas insiden letupan gas di Putra Heights, Selangor.

Masjid tersebut kini menampung sekitar 80 keluarga terjejas, di samping menghadapi cabaran kenaikan kos utiliti.

Sumbangan itu diharapkan dapat meringankan beban masjid dalam memberikan perlindungan dan sokongan kepada keluarga memerlukan.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Masjid Putra Heights dengan dihadiri Naib Presiden Chery Corporate Malaysia, Cheng Nam Weng, dan Naib Presiden Eksekutif, Leo Chen.

Sebagai sebahagian program bantuan, Chery turut menyerahkan 25 daripada 50 kenderaan yang dijanjikan untuk pinjaman sementara selama sebulan.

Program itu bertujuan membantu keluarga terjejas dengan menyediakan pengangkutan sementara untuk keperluan harian, termasuk perjalanan ke hospital, sekolah, dan perkhidmatan penting lain.

Syarikat automotif itu juga menyediakan RM100 sebagai wang petrol untuk setiap penerima kenderaan. Langkah itu dilaksanakan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mangsa letupan gas menjalani kehidupan seharian tanpa gangguan.

Program pinjaman kenderaan itu dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Selangor, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, serta pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengawal selia bantuan kepada keluarga terjejas.

Chery berharap sumbangan dan bantuan ini dapat memberikan sokongan kepada mereka yang sedang melalui waktu yang penuh cabaran.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chery Corporate Malaysia (CCM), Masjid Putra Heights

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my