• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Ini Produk Nissan, Nismo untuk 2025 - dari Jam GT-R hingga Karabina Karbon

Ini Produk Nissan, Nismo untuk 2025 - dari Jam GT-R hingga Karabina Karbon

April 8, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MINAT mendalam terhadap sesebuah jenama kenderaan bukan setakat objek beroda yang dihasilkan tetapi juga koleksi barangan.

Misalnya, Nissan GT-R dengan t-shirt berlogo GT-R, dan buat ahli keluarga yang pening memilih cenderahati, barangan sekecil rantai kunci pun sudah menggembirakan.

logo-nissan-baru
nismo-logo

Nissan dan Nismo antara pengeluar yang aktif dalam perniagaan itu dan menghadiahkan peminat dengan pelbagai barangan menarik.

Terbaharu, Nissan menambah 43 item baharu dalam Koleksi Nissan dan 85 item baharu dalam Koleksi Nismo sempena Musim Bunga dan Panas 2025. Semua barangan tersebut akan mula dijual pada 17 April ini (tarikh pelancaran berbeza bagi sesetengah produk).

NISSAN COLLECTION

Jam Dinding Analog GT-R (Karbon)

  • Jam dinding analog dengan papan muka karbon yang memaparkan logo GT-R.
  • Dilengkapi penerima signal radio, termometer dan higrometer (pengukur kelembapan udara).

Kemeja-T Polo Fairlady Z

  • Kemeja-T polo dengan rekaan zip separa di bahagian dada.
  • Dibuat daripada kain kering (dry) yang selesa dan tidak mudah menampakkan kulit.
  • Ada dua warna: putih dan hitam.

Tumbler Yamanaka-nuri (Lakaran Sakura)

  • Cawan bertutup yang dihiasi teknik lakur dan lukisan emas tradisional menggunakan teknik Yamanaka.
  • Dihasilkan dengan teliti di pusat seni lakur Jepun, Ishikawa untuk memberikan sentuhan estetik pada meja.

Alas Cawan Skyline GT-R

  • Alas cawan dengan gambar Skyline GT-R yang dilukis pereka dalaman Jabatan Rekabentuk Nissan.
  • Menyerap air dengan baik, dan membantu mengelakkan titisan air daripada membasahi permukaan meja.
  • Tersedia dalam tiga jenis: R32, R33 dan R34.

Beg Galas Premium

  • Beg galas hitam ringan dan ruang simpanan besar.
  • Menggunakan 'split strap' yang membantu mengagihkan beban dan mengurangkan tekanan di bahu.

KOLEKSI NISMO

Kemeja-T Polo Replika

  • Kemeja-T polo dengan ilham sut lumba.
  • Dibuat daripada kain yang menyerap peluh dan cepat kering serta selesa dipakai.
  • Semua proses cetakan hingga jahitan dilakukan di kilang di Jepun untuk memastikan berkualiti tinggi.
  • Ada dua pilihan warna: Asas hitam dan asas merah.
  • Dua kemeja-T  bercorak sama turut dilancarkan serentak.

Rantai Kunci Heritage

  • Rantai kunci logam yang memaparkan logo HERITAGE NISMO yang popular.

Beg Perkakasan

  • Beg untuk membawa peralatan dan barangan kereta.
  • Tali bahu yang praktikal dan bukaan luas untuk memudahkan penyimpanan dan pengambilan barang.

Topi Nismo

  • Topi yang menggabungkan kain hitam dan bahan corak karbon.
  • Bahagian dalam depan dilengkapi pita 'Mizuno Deodorant' untuk fungsi nyah bau.

Karabina Karbon

  • Karabina yang dibuat daripada plat gentian karbon seperti digunakan pada kereta GT.
  • Kunci skru pada bahagian buka-tutup untuk mengelakkan tercicir secara tidak sengaja.
Koleksi Nisan dan Nismo 2025
Nissan-Nismo merchandise 2025.01
Nissan-Nismo merchandise 2025.02
Nissan-Nismo merchandise 2025.03
Nissan-Nismo merchandise 2025.04
Nissan-Nismo merchandise 2025.05
Nissan-Nismo merchandise 2025.06
Nissan-Nismo merchandise 2025.07
Nissan-Nismo merchandise 2025.08
Nissan-Nismo merchandise 2025.09
Nissan-Nismo merchandise 2025.10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Koleksi Nisan dan Nismo, Nismo, Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev