MISI kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) diteruskan dengan pengenalan Hyundai NEXO baharu.
Bukan sahaja Toyota dan Honda 'keras kepala' di dalam FCEV, Hyundai juga begitu.
NEXO merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz sederhana dan menawarkan fleksibiliti, kecekapan dan keselamatan, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna awal FCEV.
Seperti biasa, kenderaan begini tidak mengeluarkan sebarang pelepasan dari ekzos. NEXO terbaru berada di dalam generasi kedua bagi sebuah model yang dikeluarkan sejak 2018.
Model terbaru ini telah diperkenalkan lebih awal melalui Hyundai Initium pada Oktober 2024. Rekabentuknya menarik, menggabungkan gaya jip lama dan rekaan rugged.
NEXO baharu akan memasuki pasaran global pada tahun ini.
Rekaan ‘Art of Steel’ dan Gaya Luaran Kuat serta Canggih
- Berdasarkan konsep Initium yang diperkenalkan pada Oktober 2024.
- Gaya ‘Art of Steel’ menyerlahkan kekuatan semula jadi keluli dengan bentuk artistik dan daya tahan.
- Reka bentuk berbentuk lengkungan dan garis mendatar pada pintu menyerlahkan ketahanan dan kekemasan.
- Lampu khas ‘HTWO’ dan 4 Dot Lamps memberikan identiti FCEV yang tersendiri serta mudah dikenali pada waktu malam.
Pilihan Warna dan Pengaruh Budaya Korea
- Ditawarkan dalam enam warna: Creamy White Pearl, Phantom Black Pearl, Amazon Gray Metallic, Ocean Indigo Matte, Ecotronic Gray Pearl, dan Goyo Copper Pearl.
- Warna Goyo diinspirasikan oleh budaya dan alam Korea; membawa maksud 'tenang' atau 'damai'.
- Proses cat tiga lapis menghasilkan kesan multidimensi, warna berubah mengikut cahaya dan sudut pandang.
Ruang Dalaman Luas dan Selesa – ‘Furnished Space’ Berteknologi Tinggi
- Rekaan pemandu berpusat dengan paparan melengkung dan konsol tengah berpulau (island-type).
- Cermin sisi digital terbina dalam papan pemuka untuk ruang yang lebih terbuka dan praktikal.
- Kapasiti kargo meningkat kepada 993 liter – cukup untuk empat beg golf.
- Platform baru di ruang bagasi membolehkan aksesori tersuai digunakan.
- Tempat duduk barisan pertama ‘Premium Relaxation Seats’ lengkap dengan tempat letak kaki.
- Tempat duduk barisan kedua yang lebih lapang, boleh berbaring lebih panjang, serta bukaan pintu belakang lebih luas.
Sistem Penyimpanan Pintar dan Ciri Tambahan Premium
- Ruang simpanan pintar pada konsol tengah, papan pemuka dan trim pintu.
- Pencahayaan ambien berubah mengikut had kelajuan jalan untuk pengalaman pemanduan premium.
- Bumbung lutsinar (vision roof) menambah rasa keluasan dalam kabin.
- Bahan mesra alam digunakan menyeluruh, seperti kulit bio-proses, fabrik PET kitar semula, plastik bio, dan kulit PU bio.
Sistem Sel Bahan Api dan Rangkaian Kuasa Dipertingkatkan
- Output keseluruhan meningkat daripada 135 kW kepada 190 kW.
- Kapasiti bateri berganda dari 40 kW ke 80 kW.
- Pecutan 0-100 km/j kini hanya 7.8 saat (berbanding 9.2 saat sebelum ini).
- Motor elektrik baharu menjana sehingga 150 kW.
- Stak sel bahan api menjana 110 kW – peningkatan 16%.
- Fungsi anti-pembekuan ‘Wake Up’ dan peningkatan keupayaan suhu rendah untuk penggunaan sepanjang tahun.
- Kapasiti tangki hidrogen ditambah kepada 6.69 kg (dari 6.33 kg).
- Pengurusan aerodinamik dan bawah badan ditambah baik untuk daya seretan rendah.
Ciri NVH dan Kawalan Pemanduan Dipertingkatkan
- Teknologi Active Noise Control-Road (ANC-R) dan tayar penyerap bunyi tingkatkan kesenyapan dalam kabin.
- Model spesifikasi Eropah boleh menunda beban sehingga 1,000 kg.
- Sistem e-Handling kawal output motor untuk cengkaman dan kestabilan lebih baik semasa membelok.
Sistem Regeneratif Pintar (Smart Regenerative System)
- Melaraskan brek regeneratif secara automatik berdasarkan data navigasi dan jarak dengan kenderaan hadapan.
- Menyesuaikan dengan keadaan jalan seperti kamera had laju dan bonggol.
- Kurangkan keperluan pemandu menekan brek ketika meluncur.
- Tetapan jarak kenderaan boleh dilaras untuk keselesaan tambahan.
Ciri Digital dan Teknologi Pintar FCEV
- Tuas anjakan jenis kolum melapangkan ruang konsol tengah untuk reka bentuk lebih fleksibel.
- Perancang Laluan FCEV (FCEV Route Planner) membantu menyusun perjalanan termasuk lokasi stesen pengecas hidrogen secara masa nyata.
- Menunjukkan status tangki, aliran tenaga, dan jarak ke destinasi berdasarkan penggunaan penyaman udara.
Ciri Keselamatan dan ADAS
- Struktur badan pelbagai rangka (multi-skeleton) dan penggunaan keluli ultra-kuat generasi ketiga untuk ketegaran badan dan perlindungan impak termasuk perlindungan untuk tangki hidrogen.
- Sehingga sembilan beg udara.
- Ciri ADAS terkini disediakan, menyasarkan penarafan keselamatan tertinggi dalam program penilaian global.
- Bantuan Elak Pelanggaran Hadapan (FCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Elak Pelanggaran Titik Buta (BCA)
- Amaran Keluar Selamat (SEW), Bantuan Keluar Selamat (SEA), Bantuan Had Laju Pintar (ISLA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
- Paparan Titik Buta (BVM), Lampu Tinggi Automatik (HBA), Kawalan Jelajah Pintar (SCC & NSCC)
- Bantuan Kekal Lorong 2 (LFA), Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA), Monitor Pandangan Belakang (RVM), Monitor Pandangan Sekeliling (SVM)
- Bantuan Elak Pelanggaran Trafik Belakang (RCCA), Amaran Jarak Parkir depan/sisi/belakang (PDW), Bantuan Elak Pelanggaran Parkir depan/sisi/belakang (PCA)
- Bantuan Parkir Pintar Jarak Jauh 2 (RSPA 2), Fungsi Henti Kecemasan (Emergency Stop)
Spesifikasi Hyundai NEXO (2025)
Dimensi:
- Ukuran (PLT): 4,750 mm x 1,865 mm x 1,640 mm, jarak roda 2,790 mm
Rangkaian Kuasa:
- Motor elektrik: 150 kW (peningkatan dari model terdahulu)
- Bateri: 80 kW (dua kali ganda dari model sebelumnya – 40 kW)
- Stack sel bahan api: 110 kW (peningkatan 16%)
- Kapasiti tangki hidrogen: 6.69 kg (berbanding 6.33 kg sebelum ini)
- Kuasa keseluruhan sistem: 190 kW
- Pecutan 0–100 km/j: 7.8 saat (sebelum ini 9.2 saat)
Jarak Pemanduan:
- Sasaran lebih 700 km dengan isian penuh hidrogen
- Masa pengisian: Sekitar 5 minit
Leave a Reply