• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS Jangka Lebuh Raya Sesak dengan Lebih 2 juta Kenderaan Bermula Esok

PLUS Jangka Lebuh Raya Sesak dengan Lebih 2 juta Kenderaan Bermula Esok

April 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih 2 juta kenderaan akan berada di rangkaian lebuh rayanya setiap hari bermula esok, berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri.

Lonjakan trafik dijangka mencapai puncaknya pada 4, 5, dan 6 April.

Sehubungan itu, PLUS menyarankan pengguna untuk merancang perjalanan mereka dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA di Aplikasi PLUS.

Jadual perjalanan ini bertujuan membantu pengguna merancang perjalanan lebih efisien, sekaligus memastikan aliran trafik lebih seimbang dan perjalanan yang lancar.

Sebagai insentif, PLUS menawarkan ganjaran keseluruhan hingga RM20,000 kepada pengguna lebuh raya yang mematuhi jadual MyPLUS-TTA melalui kempen "Ikuti MyPLUS-TTA Sempena Aidilfitri".

Enam pemenang hadiah utama akan menerima baucar hotel bernilai RM2,500, manakala 50 pemenang saguhati akan mendapat kredit Touch ’n Go eWallet bernilai RM100 setiap seorang.

Untuk menyertai kempen ini, pengguna hanya perlu mendaftar dan mematuhi jadual perjalanan yang disarankan oleh MyPLUS-TTA sehingga 6 April.

PLUS berharap dengan pematuhan ini, pengguna dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar sepanjang musim perayaan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hari Raya Aidilfitri 2025, MyPLUS-TTA, PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev