• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Ambulans Guna Kenderaan untuk Beraya Kena Tahan

Pemandu Ambulans Guna Kenderaan untuk Beraya Kena Tahan

April 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR satu video menunjukkan ambulans dipandu laju untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, namun ia kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa.

Kejadian berlaku di Gerbang Tol Parungkuda, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia pada Selasa.

Jurucakap pihak berkuasa, Ipda Yanuar Fajar berkata, mereka merasa curiga apabila ambulans itu menggunakan laluan kecemasan dengan lampu siren menyala.

Setelah pemeriksaan, didapati ambulans tersebut tidak membawa pesakit atau petugas perubatan, sebaliknya, ia dinaiki oleh tujuh individu yang mengaku mahu melawat keluarga di RS Sekarwangi.

Menurut Yanuar, mereka kelihatan seperti hendak berlibur dan bukannya dalam situasi kecemasan. Akibatnya, ambulans tersebut diarahkan untuk berpatah balik.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa laluan kecemasan hanya boleh digunakan jika ambulans membawa pesakit atau menghadapi situasi darurat.

Mereka turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan ambulans untuk kepentingan peribadi, seperti mahu cepat sampai ke destinasi.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ambulans, Auto Terkini, Hari Raya Aidilfitri 2025, Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev