• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BHPetrol Anjur 'Program Balik Kampung dengan Selamat', Dapat Sambutan Hangat!

BHPetrol Anjur 'Program Balik Kampung dengan Selamat', Dapat Sambutan Hangat!

March 28, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BHPETROL meneruskan tradisi penganjuran majlis 'Program Balik Kampung dengan Selamat' sempena ketibaan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Acara kali ini diadakan di Stesen BHPetrol S  Besi Harmony (PLUS arah Selatan).

Stesen terletak selepas Plaza Tol Sungai Besi itu menjadi pilihan kerana lokasi strategik selain dilengkapi keperluan untuk pengguna yang dalam perjalanan pulang ke Selatan tanah air.

Sempena acara berkenaan, BHPetrol mengagihkan 300 beg cenderahati berisi makanan ringan dan minuman  kepada pelanggan yang singgah di stesen berkenaan. Ini termasuk hadiah sampul raya berisi baucar BHPetrol yang boleh ditebus di mana-mana stesen minyak BHPetrol.

Pelanggan yang mengunjungi stesen minyak itu juga berpeluang menjalani pemeriksaan kenderaan percuma 9-poin disediakan PLUS.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz turut berkongsi maklumat dan persediaan tip keselamatan jalan raya sempena musim perayaan kali ini, terutama mengenai pemanduan jarak jauh.

Satu klip video disediakan khas pempengaruh digital, Abang Gan daripada PanduLaju juga ditayangkan kepada orang ramai di majlis berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad berkata;

Saya harap semua yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri supaya memandu berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi dituju.

"Bergembiralah menyambut perayaan bersama keluarga dan orang tersayang. Jangan lupa singgah di mana-mana stesen BHPetrol untuk mengisi semula tangki anda dengan bahan api Infiniti untuk perjalanan lancar.

"Makanan ringan dan minuman dari kedai serbaneka BHPetromart juga tersedia untuk anda semua. Semoga selamat sampai dan Selamat Hari Raya Aildifitri, Maaf Zahir dan Batin."

Program kali ini turut dimeriahkan kehadiran Ketua Pegawai Komersial (CCO) PLUS, Mohd Fauzi Puniran; CEO Wawasan Bintang, Idris Mohd Noh, barisan pegawai atasan BHPetrol dan PLUS serta Duta BHPetrol, Alif Satar.

bhpetrol - 16
bhpetrol - 18
bhpetrol - 9
bhpetrol - 5
bhpetrol - 4
bhpetrol - 2
bhpetrol - 12
bhpetrol - 3
bhpetrol - 15
bhpetrol - 13

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abang Gan, Alif Satar, Azizul Azily Ahmad, Idris Mohd. Noh, kedai serbaneka BHPetromart, Mohd. Fauzi Puniran, Mohd. Yusuf Abdul Aziz, Stesen BHPetrol Sg. Besi Harmony

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev