CAJ Perkhidmatan Bergerak Puspakom membabitkan Van Bergerak (MVS) dan Trak Bergerak (MTS) akan naik bermula 1 April 2025.
Puspakom menjelaskan, kenaikan itu dibuat selepas menimbang melaraskan caj perkhidmatan dengan struktur kos pada masa ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, pindaan kadar caj dibuat selepas selesai kajian menyeluruh untuk memastikan Perkhidmatan Bergerak Puspakom dikekalkan demi manfaat pelanggan.
Beliau berkata;
Kadar caj baharu ini hanya melibatkan perkhidmatan bagi MTS dan MVS. Pelanggan yang membawa kenderaan ke cawangan Psupakom TIDAK AKAN TERKESAN dengan perubahan ini (kenaikan harga caj).
"Perubahan ini sejajar peningkatan kos operasi Perkhidmatan Bergerak kami. Bagaimanapun, fi pemeriksaan kenderaan KEKAL tidak berubah.”
CAJ PERKHIDMATAN BAHARU VS LAMA
Berdasarkan kenyataan dikirim Puspakom, kenaikan caj MVS naik 10 peratus, manakala MTS mencapai kenaikan 20 peratus. Contoh diberikan ada dalam jadual di atas.
APA BEZA MTS, MVS?
MTS menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kepada syarikat yang memiliki jumlah kenderaan besar seperti operator kenderaan perdagangan, syarikat penghantaran barang, sekolah memandu dan pengedar kenderaan.
MVS menawarkan pemeriksaan kenderaan persendirian termasuk tukar hak milik kenderaan, cukai jalan tamat tempoh dan pendaftaran kenderaan import.
Kedua-dua perkhidmatan itu adalah kemudahan disediakan kepada pelanggan untuk mendapatkan pemeriksaan di lokasi pilihan mereka tanpa perlu hadir ke cawangan Puspakom.
CAJ HARGA TAK NAIK SEJAK...
Kenaikan itu adalah terbaharu dan kali terakhir semakan harga caj perkhidmatan dibuat adalah pada 2007 walaupun berlaku kenaikan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) setiap tahun.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan Perkhidmatan Bergerak Puspakom dengan membuat tempahan melalui aplikasi MyPUSPAKOM (tempahan individu).
Tempahan secara pukal pula boleh hubungi pasukan pemasaran Puspakom di [email protected].
Leave a Reply