• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aston Martin dan Curv Racing Simulators Perkenal Simulator AMR-C01-R, RM336k!

Aston Martin dan Curv Racing Simulators Perkenal Simulator AMR-C01-R, RM336k!

March 26, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PADA 2020 PanduLaju melaporkan mengenai simulator AMR-C01 yang dikeluarkan sebanyak 150 unit dan setiap satu berharga  £57,500 atau RM306,800 pada masa itu.

Kepada yang terlepas atau ingin menambah koleksi, ada sesuatu yang istimewa untuk anda. Aston Martin dan Curv Racing Simulators kembali dengan simulator baharu AMR-C01-R dan lebih terhad iaitu 50 unit sahaja!

Model ini merupakan kesinambungan kerjasama antara pasukan reka bentuk Aston Martin dan Curv Racing Simulators, yang diketuai pakar simulator serta pemenang Le Mans tiga kali, Darren Turner.

Seperti simulator dahulu, AMR-C01-R mengekalkan monokok gentian karbon yang ringan dan kukuh dan rekaan jeriji Aston Martin Racing yang ikonik.

Ciri-ciri baharu

  • Kedudukan kerusi yang diinspirasikan dari model hiper Aston Martin untuk pengalaman pemanduan lebih realistik.
  • Panel suis yang diposisikan semula, memastikan akses lebih mudah kepada kawalan utama.
  • Reka bentuk gril hadapan yang lebih sporty dan aerodinamik, meningkatkan penyejukan sistem dalaman.

Paparan Lebih Imersif

  • Monitor 49-inci G95C dengan kelengkungan 1000R meningkatkan tahap imersif.
  • Kadar segar semula 240Hz (sebelumnya 120Hz) dan masa tindak balas 1ms (sebelumnya 4ms) menghasilkan visual yang lancar dan tajam.
  • HDR10+ Gaming memastikan warna lebih kaya dan kontras lebih mendalam untuk persekitaran perlumbaan yang lebih realistik.

Kuasa Pemprosesan 

  • Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 yang dinaik taraf, peningkatan besar berbanding GPU generasi sebelumnya, memberikan pengalaman pemanduan ultra responsif dan realistik.
  • Pemproses Intel generasi ke-14 yang terkini, memori 32GB DDR5 (sebelumnya 16GB), dan storan 2TB M.2 SSD memastikan prestasi permainan di tahap tertinggi serta ruang mencukupi untuk koleksi permainan perlumbaan.

Casis PC yang direka semula bukan sahaja menampung perkakasan terkini tetapi juga meningkatkan kecekapan penyejukan.

Reka bentuk ini turut memudahkan akses untuk naik taraf pada masa hadapan, memastikan AMR-C01-R kekal relevan untuk tahun-tahun akan datang.

Eksklusiviti dan Harga

Dengan hanya 50 unit yang akan dihasilkan, AMR-C01-R menjadi antara simulator perlumbaan paling eksklusif di dunia.

Kini dibuka untuk tempahan dengan harga permulaan £58,750 (RM335,829) (tidak termasuk cukai). Penghantaran pertama dijangka bermula pada April 2025.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AMR-C01-R, Aston Martin, Aston Martin AMR-C01-R, Curv Racing Simulators, Simulator AMR-C01-R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my