• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lapangan Terbang Sharjah Sedia Terima 500,000 Penumpang Sepanjang Cuti Aidilfitri

Lapangan Terbang Sharjah Sedia Terima 500,000 Penumpang Sepanjang Cuti Aidilfitri

March 26, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


LAPANGAN Terbang Sharjah bersiap siaga menghadapi lonjakan trafik udara sepanjang cuti Aidilfitri, dengan lebih 500,000 penumpang dijangka melalui lapangan terbang itu antara 27 Mac hingga 6 April.

Sepanjang tempoh ini, lapangan terbang di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka mengendalikan 3,344 penerbangan.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Sharjah (SAA) mengesahkan bahawa persiapan operasi dan logistik telah dimuktamadkan dengan kerjasama rakan strategik dan pihak berkaitan untuk memastikan kelancaran operasi. Semua kemudahan dan perkhidmatan sokongan telah disiapkan sepenuhnya bagi memberikan pengalaman perjalanan yang setanding dengan piawaian antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada pelan operasi komprehensif, SAA telah menempatkan sumber manusia yang mencukupi di kawasan utama lapangan terbang, dengan fokus khusus pada pengukuhan pasukan perkhidmatan pelanggan untuk menyokong penumpang dengan segera.

Kemudahan khas untuk warga emas, kanak-kanak, dan individu kelainan upaya juga telah dipertingkatkan bagi memastikan keselesaan mereka.

Lapangan Terbang Sharjah turut memperkenalkan penggunaan teknologi pintar untuk mempercepatkan proses daftar masuk, yang merupakan sebahagian daripada strategi transformasi lapangan terbang untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih cekap dan berasaskan teknologi.

Penumpang dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas untuk memastikan urusan perjalanan berjalan lancar.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hari Raya Aidilfitri 2025, Lapangan Terbang Sharjah, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Sharjah (SAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev