• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Akan Saman Pemandu Bas Ekspres Turunkan Penumpang di Luar Kawasan Terminal

JPJ Akan Saman Pemandu Bas Ekspres Turunkan Penumpang di Luar Kawasan Terminal

March 26, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah memberi amaran keras kepada pemandu bas ekspres yang masih berdegil menurunkan penumpang di kawasan tidak dibenarkan.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, tindakan saman akan diambil segera terhadap pemandu yang melanggar peraturan ini. Setakat ini, dua kesalahan telah dikesan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dijalankan dari 24 Mac hingga 8 April.

Dalam operasi tersebut, anggota JPJ yang melakukan penyamaran mendapati seorang pemandu bas ekspres berusia 29 tahun menurunkan penumpang di luar terminal bas ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Sungai Petani. Manakala, seorang lagi pemandu bas ekspres berusia 27 tahun turut dikesan melakukan kesalahan serupa semasa perjalanan dari Alor Setar ke Kelantan, serta memotong di garisan berkembar.

Stien menegaskan bahawa tindakan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan bukan sahaja membahayakan keselamatan penumpang, tetapi juga boleh menyebabkan kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

Operasi khas ini melibatkan 271 anggota JPJ di seluruh negeri Kedah yang dibekukan cuti mereka untuk memastikan kelancaran dan keselamatan perjalanan sepanjang musim perayaan.

Tujuan utama operasi adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

Selain itu, JPJ Kedah akan terus memberi tumpuan kepada sembilan kesalahan utama seperti melanggar had laju, melanggar isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, dan menggunakan telefon bimbit.

JPJ juga menasihatkan pengguna jalan raya agar bersabar dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bas ekspres, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my