• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 810,000 Kenderaan Akan Masuk Negeri Sembilan Menjelang Aidilfitri

810,000 Kenderaan Akan Masuk Negeri Sembilan Menjelang Aidilfitri

March 26, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Negeri Sembilan menjangkakan 810,000 kenderaan akan memasuki negeri ini sepanjang cuti Aidilfitri, meningkat sebanyak 360,000 kenderaan berbanding hari biasa.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pergerakan kenderaan dijangka bertambah, terutama pada waktu puncak ketika orang ramai pulang ke kampung atau menuju destinasi lain.

Terdapat 19 lokasi panas yang dijangka akan mengalami kesesakan, serta tiga lokasi hitam yang sering berlaku kemalangan. Lokasi-lokasi panas ini termasuklah daerah:

  • Seremban
  • Port Dickson
  • Tampin
  • Kuala Pilah
  • Jempol
  • Jelebu
  • Rembau
  • Nilai

Selain itu, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan di lokasi-lokasi tersebut, dengan rondaan lebih ketat dilakukan. Bagi lokasi hitam, seperti KM 11 Jalan Seremban di Port Dickson dan KM 19-22 Jalan Seremban-Simpang Pertang di Jelebu, anggota polis akan memantau secara khusus untuk mengelakkan kemalangan.

Polis Negeri Sembilan juga telah membekukan cuti anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sepanjang musim perayaan ini, dengan hanya 10 peratus daripada 4,900 anggota yang dibenarkan bercuti. Ini bertujuan untuk memastikan penguatkuasaan dan keselamatan trafik terjamin.

Selain fokus kepada trafik, pihak polis turut mengambil tindakan terhadap penjualan bunga api tanpa permit, dengan 635 permit dikeluarkan daripada 688 permohonan, dan dua premis dikenakan tindakan. Rondaan di kawasan perumahan juga akan dilakukan untuk memastikan tiada individu yang bermain mercun tanpa kebenaran.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Lebuh Raya Sesak, Polis Negeri Sembilan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my