• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / India Catat Purata Jualan 10 Unit Maybach Seminggu Tahun 2024

India Catat Purata Jualan 10 Unit Maybach Seminggu Tahun 2024

March 26, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


INDIA menyaksikan jualan purata 10 unit Maybach pada setiap minggu sepanjang tahun lalu. Harga permulaan untuk kenderaan mewah itu bermula dari 30,000,000 rupee (RM1.55 juta) seunit!

Berdasarkan laporan portal CarToq, jualan global Maybach kira-kira 21,300 kereta sepanjang tahun lalu dan lebih 500 unit adalah di India.

Ketua Global Mercedes Maybach, Daniel Lescow berkata:

Maybach ada sejarah lebih 100 tahun di India dan amat menarik melihat bagaimana jenama ini terus berkembang dan berubah.

"Tahun lepas, kita saksikan pertumbuhan 145 peratus jualan di India dengan unit jualan melepasi paras 500 kereta, sekali gus menjadikannya (India) salah satu negara paling pantas berkembang (jualan) di dunia.

“Apa yang menarik ialah ada lebih ramai profil orang muda mendekati jenama (Maybach). Purata umur pelanggan kami cuma 38 tahun sedangkan di peringkat global, peringkat umur adalah lebih tinggi.

"Pelanggan India amat berpengetahuan tentang produk dan memiliki minat mendalam terhadap jenama ini. Pelanggan beli kereta kami sebagai ekspresi gaya hidup dan individualiti mereka."

Laporan sama juga mendakwa jumlah pengguna ultra-kaya di India semakin meningkat dan negara itu memiliki lebih ramai jutawan dan bilionair. Golongan itu dikatakan suka berbelanja untuk membeli kenderaan termasuk Maybach.

Dahulunya, Maybach lazimnya menjual kenderaan kepada keluarga atau kerabat diraja.  Di India, barisan produk Maybach ialah S-Class Maybach (S580 dan S680), GLS 600, Maybach EQS dan SL680 Monogram Series.

SUMBER: CarToq

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Daniel Lescow, Maybach, Mercedes Maybach S-Class

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev