• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Janji DRB-HICOM, Geely untuk Proton - Kami Yakin Era Gemilang Proton Berulang

Inilah Janji DRB-HICOM, Geely untuk Proton - Kami Yakin Era Gemilang Proton Berulang

June 23, 2017 By Abang GYL 2 Comments

488
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

proton geelyDRB-HICOM Berhad hari ini menandatangi Perjanjian Muktamad dengan menyaksikan syarikat automotif gergasi di China, Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) memegang 49.9 peratus ekuiti Proton Holdings Berhad.

Pada majlis sama, DRB-HICOM turut menjual ekuiti keseluruhannya dalam Lotus Advance Technology Sdn Bhd kepada ZGH dan Etika Automotive Sdn Bhd.

BACA >>> Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton - Lotus Kini Milik Geely

Geely Boyue MalaysiaPengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, perjanjian ini ialah detik sejarah buat Proton dalam usaha melebarkan sayap perniagaan ke pasaran automotif di Asia Tenggara.

Tambah Syed Faisal, ZGH yang juga pemilik Volvo Cars dari Sweden dan The London Taxi Company adalah rakan kongsi paling tepat buat Proton. Kejayaan ZGH dalam kedua-dua syarikat sudah terbukti.

" Fokus kami ialah mahu membawa Proton kembali sebagai kenderaan terlaris di Malaysia. Proton masih lagi kenderaan nasional negara kerana DRB-HICOM masih lagi pemegang saham majoriti," ujar Syed Faisal.

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

Selain Proton, DRB-HICOM juga melepaskan saham majoriti Lotus kepada ZGH.

Pengerusi ZGH, Li Shufu berkata, pihaknya merancang akan memperkenalkan beberapa model baharu Lotus dan meningkatkan kapasiti bagi memaksimakan daya tarikan jenama itu.

“ Kami menyasarkan penjualan sebanyak tiga juta unit bagi model Proton dan Lotus menjelang 2020,” tambah Li lagi.

Tahun lalu, Geely berjaya menjual sebanyak 760,000 unit kenderaan, iaitu dua kali ganda daripada jasil jualan 2015. Bagi model Boyue, sebanyak 109,000 unit sudah terjual pada tahun lalu. Manakala sehingga Mei 2017, sejumlah 103,000 unit Geely Boyue telah dijual.

BACA >>> Terimalah Bakal 'SUV Pertama Proton', Geely Boyue Kini Di Malaysia

Related

488
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: DRB-Hicom, Lotus Advance Technology Sdn Bhd, Proton, proton milik geely, ZGH, Zhejiang Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev