• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hubungan Elon Musk-Trump Punca Ramai Pemilik Tesla 'Trade-in' EV?

Hubungan Elon Musk-Trump Punca Ramai Pemilik Tesla 'Trade-in' EV?

March 25, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMILIK kenderaan Tesla mula terasa bahang kemarahan orang ramai terhadap transformasi politik Elon Musk dan ramai pemilik EV itu dikatakan tidak mampu menerima tempias buruk lagi.

CarScoops mendakwa perkara itu boleh dilihat melalui data jumlah kenderaan Tesla ditukar beli (trade-in) yang menunjukkan peningkatan mendadak.

Memetik data Edmunds, agensi berita Reuters melaporkan 'kereta Tesla dari model 2017 atau lebih baharu merangkumi 1.4 peratus daripada semua kenderaan yang ditukar beli setakat 15 Mac lalu'.

Jumlah itu naik 0.4 peratus berbanding tahun lalu yang menjadi petanda kenaikan mendadak.

Saluran berita perniagaan dan kewangan, CNBC menggambarkan pencapaian itu sebagai satu rekod tukar beli Tesla berbanding jenama lain.

Persoalannya,  apakah yang mendorong peningkatan trade-in kenderaan jenama Tesla sejak kebelakangan ini? Ada beberapa faktor mendorong kepada trend itu, termasuk persaingan baharu dalam landskap kenderaan elektrik (EV).

Juga termasuk isu dikatakan ada kaitan hubungan rapat Elon dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta statusnya sebagai pemimpin de facto Jabatan Kecekapan Kerajaan.

Bukan hanya orang jual balik kenderaan Tesla, tetapi berlaku juga serangan ke atas rangkaian pengedar Tesla di AS, Jerman dan Perancis seperti protes, lempar cat dan perbuatan sengaja membakar kenderaan. Pemilik kenderaan Tesla juga menjadi mangsa serangan.

Peguam Negara AS, Pamela Bondi berkata;

Jika kami sertai gelombang pengganas domestik ke atas harta benda Tesla, Jabatan Kehakiman akan memenjarakan anda.”

Apapun sebab di sebalik isu berkenaan, Jessica Caldwell dari Edmund menyatakan perubahan dalam 'sentimen pelanggan Tesla boleh membuka peluang kepada pengeluar kenderaan lain dan syarikat pemula EV menapak' (dalam segmen EV).

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Elon Musk, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Pamela Bondi, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my