• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PMX: Sistem MAHB Kena Godam dengan Tuntutan RM44.2j, Tetapi Ditolak Kerajaan

PMX: Sistem MAHB Kena Godam dengan Tuntutan RM44.2j, Tetapi Ditolak Kerajaan

March 25, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sistem Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) baru saja digodam dengan tuntutan AS$10 juta (RM44.2 juta), tetapi ditolak Kerajaan serta-merta.

Apabila dimaklum, saya tidak tunggu, lima saat saya terus jawab no (tidak) kepada tuntutan penjenayah tersebut."

Anwar menjelaskan, serangan siber yang berlaku ke atas MAHB dalam satu atau dua hari lalu adalah isu serius.

Tuntutan penggodam yang meminta dana AS$10 juta itu turut dibincangkan, tetapi beliau menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada ancaman atau ultimatum penjenayah, baik dalam negara atau luar negara.

Beliau menekankan, tindakan menolak tuntutan penggodam itu pasti membawa risiko, tetapi juga menunjukkan betapa penting untuk meningkatkan keupayaan pihak berkuasa dan sektor perbankan dalam menghadapi ancaman siber.

Ada risiko? Ya, dan kita harus hebahkan kepada rakyat."

Anwar turut menyatakan persiapan menghadapi ancaman seperti ini memerlukan kecanggihan dan sumber tambahan, termasuk dana untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi perbankan.

Beliau juga menegaskan keperluan meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi serangan siber pada masa depan.

Tegasnya, Malaysia tidak akan selamat jika sistem dan pimpinan negara membenarkan negara tunduk kepada ancaman penjenayah. Beliau turut memberikan sokongan terhadap pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut dan memperkukuh keselamatan negara.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jenayah Siber, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), PMX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my