• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 3.14 Juta Kenderaan Masuk Pahang Aidilfitri Ini

3.14 Juta Kenderaan Masuk Pahang Aidilfitri Ini

March 25, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBANYAK 3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang semasa perayaan Aidilfitri yang berlangsung dari 27 Mac hingga 7 April ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Razali Kassim.

Daripada jumlah itu, 2.24 juta kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), manakala 903,000 lagi melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Razali memaklumkan hari puncak kedua-dua lebuh raya itu dijangka berlaku 5 April di Lebuhraya KLK, iaitu kira-kira 216,000 kenderaan, manakala di LPT1 keesokan harinya, anggaran 119,000 kenderaan.

Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal, kerana Hari Raya Aidilfitri mungkin disambut pada Isnin dengan harapan dapat mengelak kesesakan.

Razali turut menegaskan Kerajaan Negeri sentiasa melakukan penyelenggaraan dan penambahbaikan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, termasuk di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Salah satu usaha terkini adalah baik pulih jalan rosak di pakej 5C1 daerah Bentong, LTU yang melibatkan pembaikan sepanjang 400 meter.

Razali menyatakan, kerja baik pulih sudah dimulakan dan dijangka siap Rabu ini dan memberi jaminan kerja-kerja penambahbaikan akan diteruskan berperingkat.

Bagi kawasan kurang pencahayaan, Kerajaan Negeri akan memasang lampu jalan secara berperingkat mengikut peruntukan diluluskan dengan pemasangan lampu solar dilakukan di kawasan yang tiada bekalan elektrik.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hari Raya Aidilfitri 2025, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Pahang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev