• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Sedia Kongsi Kepakaran, Bersaing Sihat dalam Sektor Pemeriksaan Kenderaan

Puspakom Sedia Kongsi Kepakaran, Bersaing Sihat dalam Sektor Pemeriksaan Kenderaan

March 25, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PUSAT Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia berkongsi kepakaran dengan syarikat baharu dalam sektor pemeriksaan kenderaan yang bertujuan memastikan keselamatan jalan raya terus menjadi keutamaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, perbincangan mengenai perkara itu belum dilakukan kerana syarikat tersebut masih baharu selain tiada maklumat terperinci mengenainya.

Mahmood menambah, kolaborasi dengan syarikat tersebut mungkin akan berlaku pada masa depan, sama seperti kerjasama dilakukan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, pihaknya tiada masalah berkongsi idea dan kepakaran dengan syarikat lain selagi memenuhi piawaian sama dengan Puspakom.

TERBUKA DENGAN PERSAINGAN

Puspakom juga mengalu-alukan persaingan dalam industri pemeriksaan kenderaan. Mahmood percaya persaingan akan mendorong setiap syarikat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Puspakom juga menerima lebih 1.4 juta pelanggan tetap yang menunjukkan kepercayaan masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan ditawarkan.

Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan, Puspakom memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan produktiviti seperti pengecualian lima item tidak kritikal dalam pemeriksaan kenderaan perdagangan.

Langkah ini dapat menjimatkan masa 5 - 10 minit setiap pemeriksaan, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi.

Misalnya, di cawangan Wangsa Maju, sekitar 800 pemeriksaan dilakukan setiap hari, dan dengan penjimatan masa tersebut, produktiviti Puspakom dapat dipertingkat lebih ketara.

Puspakom terus berusaha menambah baik perkhidmatan dalam usaha memenuhi keperluan pengguna dan kekal berdaya saing dalam industri pemeriksaan kenderaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Pemeriksaan Kenderaan, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my