• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PDRM Kerah Hampir 7,000 Pegawai, Anggota Trafik Bertugas dalam Op Selamat 24

PDRM Kerah Hampir 7,000 Pegawai, Anggota Trafik Bertugas dalam Op Selamat 24

March 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


HAMPIR 7,000 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bakal bertugas sepanjang Operasi Selamat (Op Selamat) 24 sempena Aidilfitri, bermula 23 Mac hingga 6 April 2025 dengan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi'.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 6,957 pegawai dan anggota akan terlibat dalam pelbagai penugasan seperti rondaan, pemantauan titik panas (blackspot) dan penyuraian kesesakan.

Sebahagian mereka juga akan bertugas dalam Unit Siasatan Lebuhraya (USLR) untuk menguruskan kemalangan ringan di sepanjang lebuh raya.

Penugasan pegawai melibatkan tugas di kawasan hotspot yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi dengan aliran trafik padat, dan blackspot yang kerap berlaku kemalangan. Terdapat 407 lokasi hotspot dan 76 lokasi blackspot yang akan dipantau aktif seluruh negara.

Selain itu, 25 lokasi hotspot dan 46 lokasi blackspot di lebuh raya utama juga diberi perhatian khusus. Pemantauan akan dilakukan untuk memberikan bantuan segera kepada pengguna jalan raya yang menghadapi masalah atau kecemasan.

JSPT juga akan memastikan aliran lalu lintas lancar, terutama ketika berlaku kesesakan luar biasa, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu yang melanggar peraturan.

Kempen Op Selamat 24 turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi, termasuk Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta PLUS Malaysia. Malah, pemantauan udara akan dilakukan Unit Operasi Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya di lebuh raya dan jalan utama.

Mohd Yusri menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang, memeriksa kenderaan sebelum perjalanan, dan mengambil rehat secukupnya.

Beliau juga mengingatkan pemandu sentiasa bertanggungjawab dan berhemah ketika memandu demi keselamatan bersama.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hari Raya Aidilfitri 2025, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Operasi Selamat (Op Selamat) 24, Unit Siasatan Lebuhraya (USLR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my