• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Robot Manusia Mula Masuk Kerja Kilang Mercedes-Benz

Robot Manusia Mula Masuk Kerja Kilang Mercedes-Benz

March 21, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

MERCEDES-Benz menjadi pengeluar terkini menggunakan khidmat robot manusia (humanoid robot) sebagai 'pekerja' di salah sebuah kilang pembuatan kenderaan jenama itu di Berlin, Jerman.

Pendekatan itu menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kumpulan robot akan mengambil alih peluang kerja manusia. Bagaimanapun, Mercedes-Benz mendakwa kedudukan pekerja dan kakitangan mereka kekal selamat.

Robot digunakan pengeluar itu datang daripada Apptronik, iaitu syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang didirikan pada 2016 di Makmal Human Centered Robotics Universiti Texas.

Mercedes-Benz sudah melabur puluhan juta ke dalam syarikat tersebut dan kini mula menggunakan robot Apollo di kilang Marienfelde di Berlin.

Robot Apollo awalnya digunakan untuk tugas logistik dalaman dan juga kerja berulang sepert menggerakkan komponen atau modul ke barisan pengeluaran untuk dipasang juruteknik pada kenderaan.

Robot itu juga boleh digunakan untuk melakukan kerja pemeriksaan awal komponen. Kakitangan Mercedes-Benz juga terlibat dalam melatih robot berkenaan menerusi teleoperasi dan realiti terimbuh (AR) yang membenarkan robot bekerja secara berautonomi.

Sekiranya paras bateri robot Apollo semakin rendah, 'mereka' boleh mengecas diri sendiri dengan memasukkan kabel dalam soket.

Mercedes-Benz bukan satu-satunya pengeluar automotif yang menguji teknologi sedemikian. Tesla juga meneruskan pembangunan robot manusia sendiri, manakala BMW sudah menggunakan robot termaju di kilang di  South Carolina sekitar hujung tahun lalu.

Di China, Dongfeng Motors juga menggunakan robot AI di kilang untuk pemeriksaan dan aspek logistik.

mercedes benz robot apollo - 1
mercedes benz robot apollo - 2
mercedes benz robot apollo - 3
mercedes benz robot apollo - 5
mercedes benz robot apollo - 4
robot-apollo-mercedes-benz
apollo-mercedes-benz-1
apollo-mercedes-benz-2

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, pengeluar kenderaan, Roda4, tenaga kerja robot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev