• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rombongan Haji Pertama Malaysia 2025 Mula Terbang 29 April Depan

Rombongan Haji Pertama Malaysia 2025 Mula Terbang 29 April Depan

March 21, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENERBANGAN pertama jemaah haji Malaysia tahun ini dijadualkan pada 29 April, manakala penerbangan terakhir dijangka pada 30 Mei.

Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Syed Hamadah Syed Othman berkata, penerbangan balik pertama akan dilaksanakan pada 14 Jun dan penerbangan balik terakhir pada 10 Julai.

Setakat ini, TH mengeluarkan 51,000 surat tawaran kepada bakal jemaah haji, dengan 93 peratus sudah menerima tawaran dan lulus pemeriksaan kesihatan. Baki 7 peratus masih dalam proses pemeriksaan kesihatan dan perlu membuat keputusan mengenai tawaran tersebut.

Pada masa sama, TH menerima 84,000 rayuan untuk menunaikan haji, dan permohonan tersebut akan diproses mengikut jumlah kuota haji diterima Malaysia.

Datuk Syed Hamadah mengesahkan perkara itu dalam sidang akhbar di Menara TH pada Jumaat lalu yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sementara itu, TH memaklumkan Kerajaan Arab Saudi masih belum memberi maklum balas terhadap permohonan Malaysia untuk mendapatkan tambahan kuota haji. Malaysia sudah memohon tambahan 10,000 kuota haji melalui surat rasmi dihantar Menteri Hal Ehwal Agama kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Keputusan mengenai permohonan kuota tambahan dijangka akan dimaklumkan antara pertengahan hingga akhir Syawal.

Keputusan tersebut bergantung kepada kebijaksanaan Kerajaan Arab Saudi, yang akan menimbangkan aspek keselamatan dan keselesaan jemaah haji

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, ibadah haji, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kerajaan Arab Saudi, tabung haji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah
    JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!
    #GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev