• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dasar EV Standard Bakal Umum pada Sidang Kemuncak Asean

Dasar EV Standard Bakal Umum pada Sidang Kemuncak Asean

March 21, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


NEGARA anggota Asean sedang berusaha memperkenalkan dasar kenderaan elektrik (EV) standard sebagai sebahagian inisiatif kemampanan serantau dan mempercepat peralihan kepada tenaga bersih.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perbincangan mengenai penyeragaman bateri dan infrastruktur pengecasan EV rentas sempadan sudah dimulakan dalam kalangan pegawai dan pemimpin Asean.

Tengku Zafrul menambah, garis masa dan rangka kerja untuk dasar EV itu akan dimuktamad dan diumumkan di Sidang Kemuncak Asean akan datang. Beliau berkata perkara itu selepas merasmikan acara Asean Unity Drive (AUD) 2025 di Menara MITI, semalam.

Inisiatif itu bertujuan menangani kebimbangan yang timbul dalam kalangan pemandu EV, terutama berkaitan penggunaan bateri dan akses kepada pengecasan. Ini bertujuan menggalakkan pembangunan rantaian bekalan serantau yang kukuh dalam sektor automotif.

Dasar EV seragam juga akan memperkukuh kerjasama antara negara Aseab dalam mencapai sasaran kemampanan, termasuk pengurangan pencemaran dan pergantungan kepada sumber tenaga lebih bersih.

Dengan wujud dasar tersebut juga negara Asean berharap dapat mempercepat transisi ke arah penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang lebih meluas dan berdaya tahan, serta mempertingkat kerjasama dalam industri automotif serantau.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN 2025, Auto Terkini, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Kenderaan Elektrik (EV), Sidang Kemuncak ASEAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev