• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kecoh Video Brek Auto Gagal Berfungsi, Volvo Tampil Beri Penjelasan

Kecoh Video Brek Auto Gagal Berfungsi, Volvo Tampil Beri Penjelasan

June 22, 2017 By Han Othman 1 Comment

513
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini kecoh tentang satu video mengenai kegagalan sistem brek automatik Volvo XC60 ketika melakukan ujian pada satu majlis pelancaran membabitkan manusia sebenar yang kononnya Pengarah Urusan pengeluar automobil dari Sweden itu sendiri.

Sebenarnya, itu ialah video kitar semula kerana pertama kali disebarkan kepada umum pada 2015, dua tahun lalu. Kali ini, video yang sama muncul semula dengan judul lebih sensasi. Bagaimanapun, pihak Volvo tidak mengambil masa lama untuk menepis spekulasi, dan tohmahan mengenai video berkenaan.

Jom kita baca apa kata Volvo;

Kami (Volvo) baru-baru ini dikejutkan tentang satu video berjudul 'Volvo’s auto brake system fails at launching ceremony… MD paralysed' (sistem brek auto Volvo gagal semasa majlis pelancaran... Pengurus Besar lumpuh) yang berlegar (sekali lagi) di media sosial dan aplikasi mesej.

Kami sekali lagi mengulangi, walaupun XC60 yang terbabit dalam insiden itu dilengkapi ciri Keselamatan Bandar (City Safety), tetapi model itu tidak disertakan bersama fungsi Pengesan Pejalan Kaki (Pedestrian Detection). Ini kerana ia dijual sebagai pakej berasingan, di mana ciri tersebut diperlukan untuk mengelak dan mengurangkan impak perlanggaran kereta ke atas dua lelaki (dalam video) itu.

Malah, jika kereta itu dilengkapi ciri tersebut sekalipun, pecutan melampau daripada pemandu boleh menyebabkan sistem terbatal dan dinyah aktif. Teknologi pembrekan auto (mitigasi dan elak) kami ialah paling maju. Dalam situasi tertentu, sekiranya sistem mengesan pemandu melakukan sesuatu aksi memandu radikal dengan sengaja, fungsi itu juga akan dinyahaktifkan sendiri.

Bertentangan dengan judul video, dua lelaki itu sebenarnya tidak mengalami sebarang kecederaan, dan tiada sesiapa lumpuh, serta kedua-duanya pun bukan Pengarah Urusan Volvo Cars.

Volvo Car Malaysia juga menyarankan pengedar, rakan kongsi dan pelanggan supaya tidak melakukan sebarang ujian membabitkan manusia sebenar atas dasar keselamatan.

Sedia maklum, City Safety banyak menyumbang kepada pemanduan selamat dalam kesesakan lalu lintas bandar yang teruk dengan mengelak dan mengurangkan perlanggaran belakang dengan kenderaan lain pada kelajuan rendah secara membrek. Sistem berkenaan akan diaktifkan dalam kelajuan hingga 50kmj.

Ada benarnya apa yang dijelaskan dan harap semua pihak berpuas hati dengan penjelasan Volvo. Sekarang, semua pemilik jenama Scandinavia itu bolehlah menarik nafas lega. 😅

Salah Satu Video Tular yang Dimuat Naik

Related

513
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, City Safety, Keselamatan Bandar, Pedestrian Detection, Pengesan Pejalan Kaki, video tular, Volvo, Volvo Cars, Volvo XC60

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev