• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PureTech 1.2L Bolot Anugerah Enjin Terbaik 2017, Tahun Ketiga Berturut-Turut Tanpa Cabaran

PureTech 1.2L Bolot Anugerah Enjin Terbaik 2017, Tahun Ketiga Berturut-Turut Tanpa Cabaran

July 2, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

478
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANUGERAH Enjin Antarabangsa Terbaik Tahunan (International Engine of the Year Awards) ke-18 baru saja berlangsung di Stuttgart, Jerman yang menyaksikan PSA Group dari Perancis merangkul gelaran Enjin Terbaik (Engine of the Year) 2017 bagi kategori 1.0L hingga 1.4L menerusi enjin 3-silinder PureTech 1.2L Turbo Petrol. Kemenangan itu adalah tahun ketiga berturut-turut bagi enjin tersebut.

Enjin PureTech didatangkan dalam dua varian, PureTech 110 S&S dan PureTech 130 S&S. Enjin tersebut juga sudah ditawarkan di pasaran tempatan menerusi dua model Peugeot, 208 dan 2008.

BACA >>> Peugeot 208 dan 2008 Puretech - Penanda Aras Enjin Petrol Paling Jimat Kini Bermula

international-engine-of-the-year-2017
enjin-puretech-peugeot-2
peugeot-puretech-208-dan-2008

FAKTA ENJIN PURETECH

  • Lebih 850,000 unit enjin dihasilkan di kilang pengeluaran Française de Mécanique, Douvrin, Perancis dan Xiang Yang, China sejak pertama kali dilancarkan pada 2014.
  • Enjin ini turut dihasilkan di kilang Trémery, Perancis pada penghujung 2017 bagi memenuhi permintaan dan penambahan sekali ganda pengeluaran di Perancis.
  • Pengeluaran akan mencapai sejuta unit menjelang 2019.
  • Dua varian enjin PureTech 1.2L - 110hp dan 130hp digunakan untuk lebih 90 unit kenderaan di 70 negara. Paling baharu, digunakan Peugeot 3008 yang mendapat anugerah Kereta Terbaik Eropah (Car of the Year) 2017, dan Citroën C3.

Sementara itu, enjin 3-silinder PureTech 1.2L Turbo terus dipertingkat dan perubahan itu akan dapat dilihat menjelang penghujung tahun ini. Evolusi itu bakal memberikan prestasi enjin yang lebih cekap dengan penjimatan bahan api hingga empat peratus.

BACA >>> Tentang Enjin PureTech yang Perlu Anda Tahu

Di bawah ini ialah ciri-ciri baharu enjin itu nanti:

  • Pengenalan penapis petrol baru untuk mengurangkan partikel emisi hingga lebih 75 peratus, berikutan undang-undang baru 2020 di Eropah dan China.
  • Lebih efisien melalui penggunaan tekanan suntikan baru, iaitu 250 bar.
  • Pengurangan geseran mekanikal dan pengenalan pengecas turbo baru.
  • Enjin lebih kompak untuk mengoptimum tahap aerodinamik badan kereta.
Enjin PureTech 1.2L Dinobat Sebagai Engine of the Year 2017 Kategori 1.0L - 1.4L 2017.03
Enjin PureTech 1.2L Dinobat Sebagai Engine of the Year 2017 Kategori 1.0L - 1.4L 2017.02
Enjin PureTech 1.2L Dinobat Sebagai Engine of the Year 2017 Kategori 1.0L - 1.4L 2017.01

Related

478
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2017 Engine of the Year, Auto Terkini, enjin PureTech, Enjin Terbaik 2017, Peugeot, PSA Group, Puretech, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev