• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BENDA Chinchilla 500 2025 Tiba di Malaysia, Harga RM27.8k!

BENDA Chinchilla 500 2025 Tiba di Malaysia, Harga RM27.8k!

March 20, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BENDA Malaysia melancarkan model ketiga, BENDA Chinchilla 500 2025 ke pasaran tempatan pada hargaRM27,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Motosikal segmen cruiser kelas pertengahan itu sudah mula diedarkan ke rangkaian pengedar MForce Bike Holdings (MForce Bike) seluruh negara sejak petang tadi.

Berikut perincian BENDA Chinchilla 500 2025:

  • Ada tiga warna pilihan: hitam, biru dan kelabu.
  • Rekabentuk retro-moden, tetapi dilengkapi banyak ciri moden mengikuti peredaran zaman dan cita rasa pengguna.
  • Menawarkan kedudukan seimbang menerusi rekabentuk ergonomik, dikatakan selesa walaupun ketika tunggangan dalam bandar.
  • Trenkuasa 4-lejang dwi-silinder konfigurasi V-Twin 475.6cc DOHC 8-injap penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 46.9hp @ 9,000rpm dan tork 42Nm @ 7,200rpm.
  • Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac sliper dalam sistem pacuan tali sawat.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan set dwi-absorber di belakang.
  • Sistem brek cakera 320mm di depan, dan brek cakera 260mm di belakang.
  • Rim aloi 16 inci dengan tayar bertiub 150/80 di depan dan 180/65 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,220mm, lebar 890mm, tinggi 1,150mm dan jarak roda 1,550mm.
  • Tinggi pelana 705mm.
  • Jarak tinggi bumi 150mm.
  • Berat 215kg.
  • Kapasiti tangki petrol 16 liter.
  • Sistem lampu LED penuh.
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) .
  • Tambahan lain, suis keselamatan tongkat tepi yang menyekat enjin dihidupkan selagi tongkat tidak dinaikkan.

  • Panel meter digital bulat, lengkap dengan semua maklumat penting tunggangan.
  • Ada soket USB Type-A dan Type-C.
  • Waranti dua tahun tanpa had perbatuan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Benda Chinchilla 500, BENDA Chinchilla 500 2025, cruiser, MForce Bike Holding Sdn Bhd, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my